Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM200 Peladang Telah Dikreditkan

Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada peladang, pesawah dan nelayan yang layak secara one-off sebanyak RM200 seorang telah mula dikreditkan sejak 10 April 2023.

Bayaran kepada nelayan laut dan nelayan darat masing-masing menerusi menerusi Lembaga Pengurusan Peladang, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023

Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM200 kepada 850,000 orang pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan bagi meringankan beban golongan berkenaan menjelang Aidilfitri dengan kos bernilai RM170 juta.

Dalam Belanjawan 2023 sebelum ini, kerajaan mengumumkan bantuan sebanyak RM300 sebulan kepada nelayan dan RM200 sebulan untuk pesawah padi untuk tempoh tiga bulan semusim serta menaikkan sumbangan musim tengkujuh daripada RM600 kepada RM800 untuk tempoh empat bulan kepada pekebun kecil getah.

Senarai Kelayakan Penerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri

Berikut merupakan senarai yang layak menerima bantuan secara one-off ini:

  1. Pesawah, nelayan laut dan nelayan darat Warganegara Malaysia;
  2. Pesawah yang terlibat dalam aktiviti penanaman padi pada tahun 2022 dan berdaftar dengan agensi yang dilantik oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat khusus yang ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan Industri Padi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM);
  3. Nelayan laut yang aktif menjalankan aktiviti penangkapan ikan dan berdaftar dengan agensi yang dilantik oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat khusus yang ditetapkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
  4. Nelayan darat yang aktif menjalankan aktiviti penangkapan ikan dan berdaftar dengan agensi yang dilantik oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat khusus yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).

Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri

Nilai bantuan yang akan diterima adalah seperti dalam jadual di bawah:

Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri

Tarikh Bayaran

Bantuan Kewangan Khas Aidilfitri kepada pesawah dan nelayan yang layak secara one-off sebanyak RM200 seorang akan dibayar mulai 10 April 2023 dan selewat-lewatnya 14 April 2023.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Peladang

Contoh imej tangkap layar penerima yang telah menerima bantuan ini:

Bayaran bantuan khas kewangan aidilfitri peladang 2023

Saluran Pembayaran

Menerusi kenyataan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, bayaran kepada pesawah akan dilakukan menerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

Bayaran kepada nelayan laut dan nelayan darat masing-masing menerusi menerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top