Bank Islam Dan Agrobank Tawar Moratorium Kepada Mangsa Banjir

Akibat cuaca hujan yang lebat dan lama beberapa tempat dinaiki air dan banjir. Beberapa bank utama menawarkan program moratorium kepada mangsa banjir atau penangguhan bayaran balik pinjaman kepada mangsa banjir yang terlibat.

Tujuan utama moratorium ini ditawarkan adalah sebagai sokongan dan meringankan beban kepada mangsa banjir untuk membayar balik pinjaman mereka.

Menerusi penangguhan bayaran balik ini, pihak bank akan menjadualkan atau menstrukturkan semula pembayaran balik pinjaman yang telah dilakukan oleh para peminjam yang terlibat.

Setakat ini, terdapat 2 bank yang menawarkan perkhidmatan ini iaitu:

  • Agrobank
  • Bank Islam

Pelan Bantuan Banjir Agrobank

Agrobank telah mengumumkan Pelan Bantuan Banjir khusus buat pelanggan-pelanggan yang terkesan akibat banjir yang melanda.

Menerusi pelan ini, pelanggan yang terjejas banjir akan ditawarkan penjadualan dan/atau penstrukturan semula pembiayaan (R&R) dan tawaran moratorium sehingga 6 bulan.

Bagi pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan ini, sila isi borang di pautan berikut https://www.agrobank.com.my/my/flood2022/.

Program Prihatin (Banjir) Bank Islam

Program Prihatin (Banjir) telah diperkenalkan oleh Bank Islam bertujuan untuk memberi bantuan sokongan kepada pelanggan pembiayaan yang terjejas akibat banjir.

Pelanggan yang mempunyai kemudahan pembiayaan seperti Pembiayaan Rumah, Pembiayaan Peribadi dan Pembiayaan Kenderaan yang memenuhi kriteria yang ditetapkan boleh memohon program ini untuk mendapatkan moratorium pinjaman yang ditawarkan.

Untuk mendapatkan perkhidmatan menerusi program ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web berikut iaitu: https://www.bankislam.com/program-prihatin-banjir/.
  2. Muat turun borang permohonan.
  3. Sediakan 1 surat/dokumen sokongan berikut:
    – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN); atau
    – Ketua Kampung; atau
    – Penghulu; atau
    – Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK); atau
    – Agensi berkaitan (Agensi Pengurusan Bencana Negara/Majlis Keselamatan Negara; atau
    – Laporan Polis
  4. Hantar semua borang permohonan dan dokumen ke Bank Islam terdekat.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini, sila hubungi nombor telefon di bawah:

  • Agrobank: 1-300-88-2476
  • Bank Islam: 03-26 900 900 

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top