Skip to content

Bantuan Am Persekutuan RM350 Sebulan Untuk Rakyat Malaysia

  • Bantuan

Jabatan Kebajikan Malaysia banyak memberi bantuan kepada rakyat Malaysia. Pelbagai bantuan yang telah disalurkan kepada rakyat antaranya Bantuan Musim Tengkujuh.

Bantuan Am Persekutuan juga merupakan bantuan yang disediakan oleh jabatan tersebut. Ikuti maklumat yang kami kongsikan dibawah. Informasi dan cara memohin turut diselitkan.

BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Bantuan Am Persekutuan disediakan bertujuan untuk menampung perbelanjaan harian klien atau keluarga dengan pemberian bantuan kewangan sebanyak RM100 sehingga maksimum RM350 sebulan untuk sekeluarga.

KADAR BANTUAN

Bagi kadar bayaran Bantuan Am Persekutuan ini, penerima akan mendapat sebanyak :

  • RM100 sehingga RM350 (Maksimum)

SYARAT KELAYAKAN

Beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan dalam setiap permohonan Bantuan Am Persekutuan ini, antaranya adalah :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon adalah golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain. 

CARA MEMOHON

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan bagi Bantuan Am Persekutuan ini :

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian.

Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

DOKUMEN SOKONGAN

Bagi memastikan proses permohonan anda berjalan dengan lancar, beberapa dokumen sokongan diperlukan yang anda perlu sediakan :

  • Salinan MyKad Pemohon
  • Salinan MyKad ahli keluarga ni yang tinggal bersama
  • Salinan kad OKU / slip pendaftaran sementara OKU (jika kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
  • Salah satu bil utiliti (air / elektrik / telefon / astro)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)

Borang Berkaitan

SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN

Kepada anda yang telahpun membuat ataupun sudah menghantar permohonan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat ini, anda bolehlah menyemak akan status permohonan anda melalui portal rasmi yang telah di sediakan bagi memudahkan para pemohon. Berikut adalah cara dan langkah-langkah bagi menyemak status permohonan secara online :

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai JKM, sila hubungi pihak JKM melalui:

  • Telefon : 03 8000 8000
  • Faks : 03 8323 2045
  • Alamat : Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.