Skip to content

Mohon Bantuan Am RM350 diberikan setiap bulan

Bantuan Am RM350 adalah salah satu daripada bantuan-bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Bantuan Am RM350

Bantuan Am RM350 dikenali sebagai Bantuan Am Persekutuan, salah satu bantuan kewangan bulanan yang diperkenalkan di bawah JKM. Objektif bantuan ini adalah untuk diberikan kepada individu/keluarga yang kurang berkemampuan dan berkeperluan bertujuan bagi meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Kadar Bantuan

Kadar Bantuan Am Persekutuan yang ditetapkan adalah minima RM100 seorang dan maksimum RM350 sekeluarga. Ia adalah bantuan secara bulanan (dikreditkan setiap bulan kepada yang layak dan diluluskan permohonannya).

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
    • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
    • PGK purata miskin Per Kapita Semasa
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.

Untuk memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan Bantuan Am Persekutuan boleh dikemukakan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, Labuan atau Putrajaya. Ini keranba, bantuan ini hanya terbuka kepada mereka yang bermastautin di Wilayah Persekutuan sahaja.

Bagi memudahkan urusan permohonan, pemohon hendaklah membawa dokumen-dokumen seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan ketika mengemukakan permohonan.

Setiap permohonan yang didaftarkan pula akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Perkara ini sesuai dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Dalam masa sama, terdapat juga Bantuan Am Negeri. Akan tetapi, kadarnya adalah berdasarkan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri masing-masing. Syarat-syarat kelayakan juga tertakluk seperti mana yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri masing-masing.

Bantuan Am RM350

Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat di Portal Rasmi JKM  – DI SINI

Cara Mohon

Rakyat Malaysia yang ingin memohon, berikut dikongsikan langkah bagi memohon Bantuan Am Persekutuan ini :

  • Sila layari laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • muat turun borang permohonan.
  • Tekan pada ‘Daftar Permohonan Atas Talian’.
  • Daftar permohonan mengikut negeri.
  • Kemudian lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  • Sila lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Hantar borang permohonan.

Bagi yang telah melengkapkan borang Bantuan JKM, langkah-langkah untuk membuat semakan status layak atau tidak adalah seperti berikut:

Bagi yang telah melengkapkan borang Bantuan JKM, langkah-langkah untuk membuat semakan status layak atau tidak adalah seperti berikut:

  • Sila layaran web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat Semakan Status Permohonan Bantuan JKM
  • Klik butang Semak : Semakan Status Permohonan Atas Talian
  • Masukkan No MyKad Ahli dan klik SEMAK!

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *