Bantuan Anak Pelihara RM250 Sebulan

Bantuan Anak Pelihara RM250 sebulan untuk kanak-kanak boleh dimohon oleh ibu bapa yang layak. Sila mohon melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Bantuan Anak Pelihara bertujuan untuk meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.

Sila rujuk bahagian di bawah untuk ketahui penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:

Bantuan Anak Pelihara RM250

Bantuan Anak Pelihara (BAP) bertujuan untuk menolong kanak-kanak yang yatim/yatim piatu atau kurang bernasib baik, yang tidak mempunyai saudara-mara.

Mereka juga diberikan bantuan supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara. Ia juga dapat membantu meringankan beban keluarga yang menanggung anak pelihara.

Jumlah bantuan yang diberikan adalah RM250 sebulan seorang kanak-kanak dan maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.

Jumlah Bantuan Anak Pelihara

Jumlah bantuan yang diberikan adalah RM250 sebulan seorang kanak-kanak dan maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih

Syarat-syarat Kelayakan

  1. Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun.
  2. Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa.
  3. Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.
  4. Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM atau Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Cara Memohon

Bagi yang memenuhi syarat dan ingin memohon, permohonan boleh dibuat di melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat di Wilayah Persekutuan merangkumi Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Hal ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:

  1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  2. Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
  4. Salinan penyata gaji (jika ada); dan
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan

Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:

  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan; atau
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi JKM di talian 03-8000 8000 atau hadir terus ke pejabat JKM berhampiran.

Untuk membaca lebih teliti berkenaan bantuan kewangan ini, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan DI SINI.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top