Bantuan Belia 2023 Elaun Sara Hidup RM1200

Bantuan Belia 2023 Elaun Sara Hidup RM1200 – Program JUMPER GREAT PUNB membuka peluang kepada siswazah bumiputera untuk mengasah kemahiran penggunaan aplikasi dalam talian.

Program ini memperkenalkan keusahawanan sebagai salah satu cabang kebolehpasaran graduan. Ianya juga melengkapkan graduan dengan ilmu perniagaan dalam talian secara asas dan juga teknikal sebelum melangkah ke dunia perniagaan yang sebenar. Seterusnya, program ini membangunkan graduan dengan ilmu keusahawanan yang komprehensif.

Bantuan belia 2023

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM JUMPER GREAT PUNB

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk Program JUMPER GREAT PUNB:

  • Graduan Bumiputera di Universiti Awam dan Swasta (IPTA dan IPTS), Politeknik dan Kolej Komuniti.
  • Graduan peringkat pengajian Diploma/ Sarjana Muda / Sijil (Graduan peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 bagi Politeknik dan juga Kolej Komuniti sahaja).
  • Graduan yang masih belum bekerja secara sepenuh masa.
  • Belum ditawarkan sebarang program anjuran PUNB seperti JUMPER dan PENJANA KPT-CAP.
  • Berumur 30 tahun dan ke bawah serta mengikut tarikh lahir.
  • Bersedia untuk mengikuti program yang ditetapkan secara sepenuh masa.
  • Berminat untuk menjadikan keusahawanan sebagai Kerjaya Pilihan.

FAEDAH KEPADA PELATIH PROGRAM JUMPER GREAT PUNB

Berikut merupakan faedah kepada pelatih:

  • Elaun sara hidup RM1,200.00.
  • Pendedahan dalam Ilmu Perniagaan secara atas talian bagi menghadapi situasi perniagaan masa kini.
  • Pembelajaran keusahawanan yang komprehensif.
  • Pemantauan selama 3 bulan.
  • Peluang untuk mendapatkan insentif tamat program sebanyak RM1,000.00.
  • Berpeluang untuk menyertai program JUMPER PUNB.

CARA PERMOHONAN PROGRAM JUMPER GREAT PUNB

Untuk memohon Program JUMPER GREAT PUNB, sila klik pada pautan berikut:

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top