Bantuan BMT Fasa 2 RM200 akan dikreditkan bulan ini

Bantuan BMT Fasa 2 RM200 akan dikreditkan bulan ini. Bantuan ini brjumlah sebanyak RM800 akan diberikan melalui BMT bermula dari bulan November 2023 sehingga Februari 2024.

Sebelum ini, kadar bantuan yang ditetapkan adalah sebanyak adalah RM600 bagi pekebun kecil dan penoreh getah yang layak. Namun, dipertingkatkan kepada RM800.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenana bantuan kewangan ini:-

Bantuan BMT fasa 2

Bantuan BMT fasa 2, permohonan telahpun ditutup pada 15 September 2023 lalu. Seperti tahun-tahun sebelum ini, bantuan kewangan BMT akan disalurkan kepada Pekebun Kecil dan Penoreh Getah.

Bantuan Musim Tengkujuh atau BMT adalah sebuah bantuan kewangan dari Kerajaan. Di bawah Belanjawan 2023, kadar bantuan ini telah dinaikkan kepada RM800,

Syarat Kelayakan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

SYARAT SYARAT KELAYAKAN

  1. 1 Lot hanya SEORANG PENERIMA SAHAJA (Pekebun Kecil atau Penoreh) layak menerima bantuan.
  2. Seorang Pekebun Kecil atau Penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.

Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA
  3. Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar
  4. Pemilik tanah yang sah
  5. 1 lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan

Penoreh (Bukan Pemilik Tanah)

  1. Warganegara Malaysia
  2. Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
  3. Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar
  4. 1 lot tanah hanya seorang penoreh/penama sahaja yang layak menerima bantuan
  5. Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat

Cara Pembayaran

Pembayaran BMT ajan dibuat secara berperingkat sebanyak empat fasa, bermula pada bulan November 2023 hingga Februari 2024. Setiap fasa akan melibatkan kadar RM200.

  • November 2023 – RM200
  • Disember 2023 – RM200
  • Januari 2024 – RM200
  • Februari 2024 – RM200

Pembayarannya pula akan dibuat secara terus ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.

Semakan Status Permohonan BMT

Jika anda sudah membuat permohonan BMT, anda boleh menyemak status permohonan anda melalui link di bawah:

Portal Pekebun Kecil RISDA https://pekebunkecil.risda.gov.my/

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi hotline BMT RISDA melalui nombor di bawah:

  1. Khidmat Bantuan/Cadangan/Maklumbalas klik Di sini
  2. Talian Hotline : 03-42510171
  3. Emel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top