Bantuan Ibu Tunggal Pulau Pinang

Bantuan ibu tunggal Pulau Pinang ini diperkenalkan melalui program I-Sejahtera dimana bantuan ini sumbangan penghargaan dan juga sumbangan keprihatinan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang berbentuk kewangan secara setahun sekali kepada rakyat Negeri Pulau Pinang.

Program Bantuan Ibu Tunggal ini adalah salah satu daripada program dibawah Program i-Sejahtera Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai Program Bantuan Ibu Tunggal.

Jumlah Bantuan Ibu Tunggal Pulau Pinang

Berikut merupakan jumlah bantuan untuk Program Bantuan Ibu Tunggal adalah:

  • RM100 Sekali untuk Setahun.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN UNTUK PROGRAM BANTUAN IBU TUNGGAL

Berikut merupakan syarat-syarat permohonan untuk Program Bantuan Ibu Tunggal:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berdaftar di Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri PULAU PINANG:
  • KLIK DISINI: SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
  • Kematian Suami ataupun bercerai
  • Berumur 60 tahun kebawah semasa proses pendaftaran
  • Tidak Berkahwin semula.
  • Mestilah mempunyai sekurang-kurangnya Seorang Anak
Bantuan Ibu Tunggal Pulau Pinang RM100

DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN UNTUK PROGRAM BANTUAN IBU TUNGGAL

Berikut merupakan dokumen sokongan yang perlu disertakan untuk Program Bantuan Ibu Tunggal:

  • Salinan Kad Kengenalan pemohon.
  • Salinan Kad Pengenalan salah seorang anak.
  • Sijil Kelahiran salah seorang anak.
  • Salinan Kad Pengenalan waris/ penerima Khairat.
  • Salinan Sijil Kematian suami/ Dokumen penceraian/ Dokumen-dokumen yang berkaitan.
  • Salinan penyata bank yang terkini/ Cetakan pengesahan Akaun/ Penyata perbankan Atas Talian yang jelas menunjukkan nama dan juga nombor akaun pemohon. Sila pastikan bahawa Akaun Bank yang dimuat naik adalah Akaun Bank yang aktif.
  • Salinan semakan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR):

PROSES PENDAFTARAN UNTUK PROGRAM BANTUAN IBU TUNGGAL

Berikut merupakan proses pendaftaran untuk Program Bantuan Ibu Tunggal:

  • Pendaftaran Program Bantuan Ibu Tunggal adalah dilakukan secara atas talian di portal rasmi iSejahtera di pautan yang tertera berikut:
  • KLIK DISINI:  https://isejahtera.penang.gov.my/
  • Klik pada butang PERMOHONAN BARU dan SEMAKAN STATUS. Selepas itu, masukkan nombor Kad Pengenalan dan sila ikuti langkah-langkah yang seterusnya untuk melakukan proses permohonan.
  • Semak nombor Kad Pengenalan/ IC.
  • Mohon Program Penghargaan untuk mendaftarkan ID dan juga Kata laluan.
  • Log Masuk menggunakan nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah anda ditetapkan.
  • Lengkapkan Borang Permohonan dan sila muatnaik Dokumen Sokongan.
  • Jika dokumen tidak dimuat naik melalui sistem, pemohon mestilah menghantar salinan dokumen sokongan tersebut ke Pejabat Daerah/ Pusat Khidmat KADUN/ Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (untuk Program OKU).

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lebih lanjut tentang Program Bantuan Ibu Tunggal, sila layari portal rasmi I-Sejahtera di pautan yang tertera berikut:

KLIK DISNIhttps://isejahtera.penang.gov.my

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top