Bantuan IKPP RM250 One-Off

Bantuan IKPP RM250 dibayar secara one-off kepada pemohon yang berpendapatan bawah RM5,000.

Pelbagai bantuan diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan bantuan IKPP ini:

Bantuan IKPP RM250

Bantuan IKPP atau Insentif Khas Pasangan Pengantin adalah sebuah insentif Kerajaan Negeri Pahang kepada pasangan pengantin baru yang menepati syarat-syarat kelayakan dan garis panduan yang ditentukan.

Kadar bantuan ini juga telah dinaikkan kepada RM250, berbanding RM200 sebelum ini.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Hanya anak-anak Pahang sahaja yang layak menerima insentif ini;
  • Sama ada pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang;
  • Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5,000 dan ke bawah layak menerima insentif;
  • Bagi perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang.(Kebenaran Luar Negeri (KBLN))
    Perkahwinan ini mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah;
  • Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang,pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam (dimana tempat permohonan);
  • Bagi pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras;
  • Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif.

Cara Memohon

Untuk mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan IKPP boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan IKPP dengan lengkap.

Ia kemudiannya perlu dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan dibuat.

Maklumat lebih lengkap dan borang permohonan bantuan ini boleh didapati di Portal e-Munakahat Pahang

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top