Bantuan IKPP RM250 secara one-off

IKPP atau Insentif Khas Pasangan Pengantin (IKPP) adalah sebuah bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Pahang kepada pasangan pengantin baru di negeri itu. Pihak Kerajaan Negeri juga telah menaikkan kadar bantuan itu kepada RM250 berbanding RM200 sebelumnya.

Bantuan ini diberikan secara sekaligus atau ‘one-off’ kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat syarat-syarat kelayakan IKPP.

Bantuan IKPP RM250

Insentif ini disediakan untuk pasangan yang pengantin lelakinya berpendapatan RM5000.00 dan ke bawah tertakluk kepada syarat-syarat dan garis panduan yang ditentukan.

Hanya anak-anak Pahang sahaja yang layak menerima insentif ini. Samada pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang.

Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5000.00 dan ke bawah layak menerima insentif Bagi perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang.

(Kebenaran Luar Negeri (KBLN)) Perkahwinan ini mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah. Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang, pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam (dimana tempat permohonan).

Bagi pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras.

Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif.

Setiap permohonan perlu hantar ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan di buat.  

ANDA TIDAK LAYAK SEKIRANYA :

Poligami Nikah semula (pasangan yang sama selepas tamat tempoh iddah) Nikah tanpa kebenaran Kedua pasangan bukan asal Pahang Pendapatan lelaki melebihi RM 5,000.00  

DOKUMEN DIPERLUKAN

Permohonan mestilah disertakan dengan:

  • 2 Salinan Kad Pengenalan pemohon (depan dan belakang).
  • 1 Salinan catatan akad nikah pemohon.
  • 2 Salinan penyata akaun bank pemohon  

MUAT TURUN BORANG

Borang Insentif Khas Pasangan Pengantin

MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI

Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam Pahang

Jabatan Agama Islam Pahang

Tel : 09-42711111

Maklumat terperinci berkenaan IKPP dan borang permohonan boleh dirujuk di Portal e-Munakahat Jabatan Agama Islam Pahang – DI SINI.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top