Bantuan IPR Khas Untuk B40 Menambah Pendapatan

Bantuan IPR adalah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) fokus kepada strategi serampang dua mata untuk menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan juga B40 pada masa yang sama untuk berusaha menyelesaikan masalah ekonomi harian melalui inisiatif-inisiatif Inisiatif Pendapatan Rakyat.

Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) menumpukan kepada usaha membasmi kemiskinan dan juga menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, operator perkhidmatan, dan perniagaan makanan.

Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) akan mewujudkan ekosistem antara pemohon, pemegang taruh, dan juga masyarakat setempat.

Berikut merupakan perkongsian lanjut mengenai Bantuan IPR atau Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

SYARAT-SYARAT PEMOHON

Berikut merupakan syarat-syarat pemohon:

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon adalah daripada golongan miskin tegar dan berpendapatan B40

KOMUNITI IPR & TIGA KOMPONEN INISIATIF PENDAPATAN RAKYAT (IPR)

KOMUNITI IPR

Adakah anda syarikat pertanian yang sedang mencari pekebun kecil untuk memasarkan tanaman mereka?

Adakah anda ingin membantu peniaga kecil untuk menjual makanan mereka secara mudah dan juga murah pada kualiti yang berpatutan?

Adakah anda mencari pekerja sambilan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan?

Sertai komuniti IPR dan anda akan dipadankan ataupun dihubungkan dengan mereka yang memohon di Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

Siapakah sasaran penggerak Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) untuk membantu ataupun dipadankan dengan golongan pemohon ini:

  • INISIATIF USAHAWAN TANI (INTAN)
    • Syarikat pertanian
    • Rantaian Peruncitan Makanan
    • Pengeksport
    • Agensi-agensi Kerajaan berkaitan
    • Koperasi
  • INISIATIF USAHAWAN MAKANAN (INSAN)
    • Pengusaha Mesin Menjual (vending machine)
    • Syarikat-Syarikat yang ingin menyediakan kemudahan makanan kepada pekerja-pekerja mereka
    • Pemilik ataupun pengusaha premis-premis agensi Kerajaan pada peringkat Persekutuan dan juga Negeri
    • Institusi pendidikan seperti sekolah, universiti, dan kolej yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pelajar, pelawat, dan staf
    • Stesen-stesen LRT
    • Hospital dan kemudahan kesihatan yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual (vending machine) untuk menyediakan makanan kepada pesakit, pelawat, dan juga staf
  • INISIATIF OPERATOR PERKHIDMATAN (IKHSAN)
    • Syarikat-syarikat swasta yang memerlukan pekerja-pekerja sambilan bertujuan untuk pembersihan premis
    • Premis-premis agensi Kerajaan.

CARA MEMOHON INISIATIF PENDAPATAN RAKYAT (IPR)

Untuk memohon Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR), sila layari laman sesawang Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di pautan berikut:

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top