Skip to content

BANTUAN KANAK-KANAK RM1000 SEBULAN

BANTUAN KANAK-KANAK RM1000 SEBULAN, CARA PERMOHONAN & SYARAT KELAYAKAN

Kerajaan akan meneruskan Bantuan Kanak-Kanak (BKK) seperti yang diberikan tahun ini. Bagi mereka yang layak diminta untuk membuat permohonan dan semak kelayakan menerusi informasi di bawah.

Bantuan ini khas untuk membela nasib kanak-kanak di Malaysia yang tidak terbela. Berikut adalah butiran lanjut mengenai Bantuan Kanak-Kanak (BKK).

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2023

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2023 adalah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberikan khas untuk membantu keluarga, penjaga dan kanak-kanak untuk meneruskan kelangsungan hidup serta mendapat jagaan yang sempurna.

Menteri telah mengumumkan kenaikan jumlah bantuan sehingga RM1000 berbanding sebelum ini hanya RM450.

Kadar Bayaran Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

  • RM200 sebulan seorang bagi anak berumur 6 tahun & kebawah;
  • RM150 sebulan seorang bagi anak berumur 7 hingga 18 tahun tahun; dan
  • Kadar bantuan Maksimum RM1000 sebulan sekeluarga
BANTUAN KANAK-KANAK RM1000 SEBULAN, CARA PERMOHONAN & SYARAT KELAYAKAN

Syarat Kelayakan Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan Bantuan Kanak-Kanak (BKK):

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.
BANTUAN KANAK-KANAK RM1000 SEBULAN, CARA PERMOHONAN & SYARAT KELAYAKAN

Cara Memohon Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2023

Cara permohonan Bantuan Kanak-Kanak adalah seperti berikut:

Hadir ke pejabat JKM yang berhampiran dengan membawa borang berkaitan dan dokumen sokongan.

Borang berkaitan:

Dokumen Sokongan:

  • Kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan bantuan kanak-kanak, anda boleh menghubungi JKm di talian 03-8000 8000 atau hadir terus ke pejabat JKM berhampiran anda.

Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut, boleh layari laman web rasmi di LAMAN WEB JKM ini.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.