Bantuan Kerajaan Negeri Kedah IPT

Bantuan Kerajaan Negeri Kedah untuk pelajar ke IPT. Kepada pelajar yang terkesan dengan ekonomi boleh memohon bantuan ini.

Berikut merupakan perkongsian lanjut mengenai Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT.

Bantuan Awal Kemasukan Ke Institut Pengajian Tinggi ini daripada Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah akan diberikan kepada golongan yang memenuhi Syarat Kelayakan

Bantuan Kerajaan Negeri Kedah IPT

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN AWAL KEMASUKAN KE IPT

Berikut merupakan tarikh permohonan Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT:

Semester Pertama Kemasukan Baharu JANUARI 2023 – JUN 2023:

  • 15 FEBRUARI 2023 – 30 JUN 2023

Semester Pertama Kemasukan Baharu JULAI 2023 – NOVEMBER 2023:

  • 1 JULAI 2023 – 31 OKTOBER 2023

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN AWAL KEMASUKAN KE IPT

Berikut merupakan syarat kelayakan Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT:

  • Pemohon LAHIR di Negeri KEDAH dan BERMASTAUTIN serta MENETAP di Negeri KEDAH. (Mengikut alamat pada Surat Tawaran IPT)
  • Pemohon mestilah membuat Semakan Daftar Pemilih terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat Dewan Undangan Negeri (DUN) di laman sesawang berikut: https://mysprsemak.spr.gov.my sebelum melakukan permohonan.
  • Pendapatan kasar bulanan isi rumah dan juga bilangan anak (selain daripada pemohon) berumur 21 tahun dan ke bawah adalah seperti berikut:
  • Permohonan dibuka bagi peringkat DIPLOMA ataupun IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA untuk SEMESTER PERTAMA KEMASUKAN BAHARU TAHUN 2023 sahaja dan mestilah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT DALAM NEGARA ataupun LUAR NEGARA. Bidang pengajian hendaklah diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency: https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm
  • Pemohon hendaklah melakukan Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian ataupun mengemukakan Surat Pengesahan Penerimaan Tawaran Masuk IPT.
  • Permohonan hanya akan diberikan SEKALI SAHAJA sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza
  • Dokumen Sokongan yang WAJIB dimuat naik di dalam bentuk PDF/ JPEG/ PNG/ JPG yang DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/ Penghulu Mukim / Pengetua Sekolah / ADUN/ Pegawai Daerah adalah seperti berikut:
    • Salinan Kad Pengenalan pemohon. (DISAHKAN)
    • Salinan Kad Pengenalan Tanggungan 3 Anak (selain daripada pemohon) yang berumur 21 tahun dan ke bawah. (DISAHKAN)
    • Salinan Slip Gaji Bapa/ Ibu/ Penjaga ataupun Borang Pengesahan Pendapatan Bapa/ Ibu/ Penjaga BPPSPPNK/07. (DISAHKAN)
    • Salinan Surat Tawaran Kemasukan Ke Institut Pengajian Tinggi (IPT). (DISAHKAN)
    • Salinan Resit Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau Surat Pengesahan Penerimaan Tawaran Masuk Institut Pengajian Tinggi (IPT). (DISAHKAN)
    • fSalinan Akaun Bank/ Penyata Bank Pemohon. (DISAHKAN)
    • Borang Pengesahan Tempat Tinggal Oleh Penghulu Mukim Negeri Kedah Darul Aman BPPSPPNK/09. (Bagi pemohon yang LAHIR di kawasan bersempadan Negeri Perlis, Pulau Pinang, dan Perak sahaja).
  • Pelajar kategori berikut TIDAK LAYAK untuk memohon:
    • Pelajar ASASI/ SIJIL/ MATRIKULASI/ FOUNDATION;
    • Pelajar PASCA-SISWAZAH;
    • Pelajar SEPARUH MASA;
    • Pelajar LUAR KAMPUS;
    • Pelajar di INSTITUSI PERGURUAN (IPG);
    • Pelajar PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN; dan
    • Pelajar di bawah LATIHAN SEPARA PERUBATAN (Kolej Perubatan/ Kolej Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM))
  • Permohonan yang TIDAK LENGKAP dan juga TIDAK MEMENUHI SYARAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN dan DITOLAK.

KADAR BANTUAN AWAL KEMASUKAN KE IPT

Berikut merupakan kadar Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT:

  • RM300

KAEDAH PERMOHONAN

Untuk kaedah permohonan Bantuan Awal Kemasukan Ke Institut Pengajian Tinggi, sila klik pada pautan berikut:

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Awal Kemasukan Ke Institut Pengajian Tinggi, sila klik pada pautan berikut:

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top