Bantuan Kewangan Geran Pelancaran RM2700 untuk B40

Bantuan Kewangan Geran Pelancaran RM2700 untuk B40 – Bantuan ini termasuk dalam bantuan-bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Dalam artikel ini adalah sedikit maklumat lanjut tentang bantuan tersebut:

Bantuan Kewangan Geran Pelancaran

Salah satu bantuan kewangan di bawah JKM adalah Geran Pelancaran iaitu sebuah bantuan bagi memperkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu atau keluarga.

Ia juga bertujuan untuk mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.

Untuk makluman, kadar Geran Pelancaran yang ditetapkan adalah sebanyak RM2,700 dan akan diberikan kepada yang layak secara ‘one-off’.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.

Kadar Bantuan

Maksimum RM2,700 sekaligus.

TUJUAN

  • Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.
  • Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.

Cara Memohon

Seperti mana yang dinyatakan di syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan kewangan ini hanya terbuka kepada kumpulan sasar JKM sahaja.

Oleh hal demikian, hanya penerima bantuan bulanan JKM sahaja yang layak menerimanya. Maka, sekiranya mereka yang memerlukan membuat permohonan bantuan bulanan JKM dan diluluskan – mereka boleh membuat permohonan Geran Pelancaran.

Permohonan bantuan-bantuan bulan ini boleh dibuat di pejabat-pejabat kebajikan masyarakat terdekat. Akan tetapi, dimaklumkan sekali lagi bahawa setiap permohonan hendaklah menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

Bagi maklumat lengkap berkenaan bantuan ini, ia boleh diteliti di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top