Bantuan Kewangan RM2500 Untuk Golongan B40 & M40

Bantuan Kewangan RM2500 Untuk Golongan B40 & M40 telah diumumkan sewaktu pembentangan Bajet 2023 pada awal tahun.

Sedia maklum, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dilaksanakan bermula 17 Januari lalu. Seramai 8.7 juta golongan B40 telah menerima bayaran bermula RM100 sehingga RM300.

Manakala Pembayaran Sumbangab Tunai Rahmah Fasa 2 juga telah diagihkan pada 5 April 2023 secara berperingkat.

Penerima bayaran STR Fasa 2 merujuk kepada penerima STR Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari 2023

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Menurut Perdana Menteri, pembayaran STR Fasa 1 Januari lalu, seramai 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR.

BANTUAN KEWANGAN RM2500

Penerima bantuan kewangan berjumlah RM2500 keseluruhan pemberian Sumbangab Tunai Rahmah ini adalah berada dalam kategori isi rumah tanpa had umur berpendatan kurang RM2500 dan mempunyai anak 5 orang atau lebih.

Berikut adalah jadual bagi jumlah bayaran yang akan di terima dalam STR 2023 ini :

Bantuan kewangan RM2500 untuk golongan b40 & m40
Jadual dan Jumlah Pemberian STR

KATEGORI TERIMA MAKSIMUM RM3100

Berbeza dengan program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kali ini, setiap isi keluarga yang layak akan menerima bayaran maksimum RM3100. Berikut adalah kategorinya :

Kategori Isi Rumah

  • Pendapatan RM2,500 ke bawah
  • Mempunyai anak 5 orang keatas

Kategori ini akan menerima bayaran berjumlah RM2,500. Bukan itu sahaja, kategori ini bakal menerima STR Tambahan berjumlah RM600. Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang akan diterima berjumlah RM3100.

Nota kaki: RM600 tambahan ini bukanlah secara tunai, tapi ianya akan diberikan melalui baucar makanan.

SEMAKAN STR 2023

Terbaru, pihak LHDN telah membuat kenyataan bahawa semakan status kelayakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini boleh di lakukan dengan memasuki web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top