Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Disalur Hari ini 15 Mac 2024

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Disalur Hari ini 15 Mac 2024. Bulan Mac dan April merupakan bulan penting kerana sambutan puasa dan Hari Raya Aidilfitiri. Oleh itu bagi sesetengah keluarga, perbelanjaan meningkat pada kedua-dua bulan penting ini.

Oleh itu, kerajaan perseketuan/negeri sangat memahami akan perlunya insentif khas bagi golongan penerima dengan bantuan-bantuan seperti ini dapat memberi manfaat kepada yang penerima. Maklumat bantuan tersebut adalah seperti berikut:

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri

Kerajaan Pulau Pinang telah meluluskan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2024 sebanyak setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM1,200 kepada seluruh anggota perkhidmatan awam negeri itu.

Tarikh Pembayaran

BKKA itu akan dibayar pada 15 Mac ini yang dianggar membabitkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM7.44 juta daripada kerajaan negeri.

Bantuan Khas Kewangan ini akan dikreditkan ke akaun penerima secara bermula pada 15 haribulan Mac 2024.

Jumlah Keseluruhan Bantuan

Peruntukan keseluruhan sebanyak RM7.44 juta daripada kerajaan negeri.

Senarai Penerima & Syarat Kelayakan

  • Kepada seluruh anggota perkhidmatan awam Pulau Pinang.
  • BKKA ini turut dipanjangkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Berkanun dan anak syarikat kerajaan negeri tertakluk kepada keupayaan kewangan masing-masing

Objektif Bantuan

BKKA itu diberikan sebagai tanda apresiasi dan penghargaan kepada seluruh anggota perkhidmatan awam Pulau Pinang yang merupakan nadi penggerak kerajaan negeri.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan ini, boleh hubungi seperti maklumat tertera di bawah:

Tingkat 25, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang
Tel:+604-6505100
Faks : +604-2634940
Talian Aduan : +604-2634002
Emel : [email protected]

Maklumat Belanjawan Pulau Pinang 2024

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, jangkaan hasil tahun 2024 berjumlah RM533.08 juta berbanding perbelanjaan mengurus sebanyak RM1,047.60 juta, menjadikan defisit Bajet 2024 bertambah sebanyak RM47.41 juta.

Perbelanjaan mengurus yang dicadangkan bagi tahun 2024 iaitu sebanyak RM1.047 billion menunjukkan peningkatan sebanyak RM58.13 juta berbanding tahun ini.

Peningkatan perbelanjaan tahun 2024 berlaku disebabkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam mempergiat program-program yang berorientasikan rakyat selain mengimbangi keperluan projek-projek pembangunan negeri.

Bagaimanapun anggaran defisit RM514.53 juta itu akan dibiayai daripada rizab kerajaan negeri termasuk Akaun Amanah Disatukan yang berbaki sebanyak RM1.67 bilion pada 15 November lalu.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top