Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500 Telah Disalurkan

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500 Telah Disalurkan – Bantuan khas kewangan untuk penjawat awam dan pesara telah disalurkan hari ini 5 April 2024.

Sempena musim perayaan yang bakal menjelang, pihak kerajaan negeri dan persekutuan telah melancarkan pelbagai sumbangan bantuan untuk rakyat. Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bantuan khas kewangan raya.

Beliau telah memaklumkan bahawa tahun ini akan diberikan bantuan khas kewangan (BKK) aidilfitri kepada para penjawat awam dan pesara. Insentif tambahan ini akan disalurkan menyeluruh secara berperingkat pada minggu ini iaitu bermula 5 April 2024.

Bantuan khas kewangan aidilfitri

KADAR BAYARAN

Untuk makluman anda semua, bayaran bantuan tunai Aidilfitri ini akan diberikan kepada 2 kategori dimana kadar bayaran adalah berbeza. Berikut adalah kadar bayarannya :

  • RM500 : Penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak
  • RM250 : Semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.

TARIKH BAYARAN BANTUAN AIDILFITRI RM500

Seperti yang telah diumumkan, kerajaan telah bersetuju akan menyalurkan bantuan ini bermula pada :

  • 5 APRIL 2024 (JUMAAT)

Kaedah bayaran adalah secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank setiap penerima.

Maklumat Lampiran

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) Tahun 2024

Muat Turun :

  1. Surat Edaran :JPA.800-3/2/4  (43)
  2. Soalan Lazim

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top