Bantuan Nelayan ESHN RM300 Sebulan

Bantuan nelayan elaun sara hidup nelayan adalah program bantuan yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu memenuhi ekonomi hidup nelayan dan keluarganya.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan diperingkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Bantuan Nelayan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN)

ESHN adalah bantuan secara bulanan yang diberikan kepada pemilik individu vesel perikanan dan pekerja warganegara yang bekerja di atas vesel berlesen. Ini bertujuan untuk membantu golongan nelayan meringankan bebanan dalam menghadapi tekanan ekonomi disebabkan peningkatan kos sara hidup.

Kadar Bantuan ESHN

Kadar bantuan ESHN yang diberikan adalah sebanyak RM300 sebulan kepada penerima yang layak.

Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan:

  1. Warganegara Malaysia (Mykad Biru)
  2. Mendapat pengesahan daripada Pengerusi JKKK, JPKK, JPKKP, MPKK, JKOA atau ketua badan-badan komuniti nelayan kawasan yang ditubuhkan dibawah penyeliaan jabatan perikanan Malaysia bagi Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian bagi Sarawak dan Jabatan Perikanan Sabah bagi Sabah.
  3. Ketua isi rumah atau salah seorang daripada ahli keluarga yang menjalankan aktiviti penangkapan ikan.
  4. Nelayan darat tulen.
Bantuan nelayan

Definisi Nelayan Darat Tulen

Berikut merupakan deifinisi nelayan darat tulen:

  1. Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan terlinat dalam penangkapan ikan di perairan sungai (termasuk tasik, bekas lombong, empangan dan lain-lain perairan umum)
  2. Menjalankan aktiviti penangkapan ikan tidak kurang daripada 25 hari setiap bulan
  3. Sekurang-kurangnya 75% jumlah pendapatan adalah daripada penangkapan ikan
  4. Tiada pekerjaan yang memberikan pendapatan tetap
  5. Bebas daripada aktiviti penagihan dadah dan menjalani saringan air kencing dari AADK
  6. Tidak mempunyai caruman dan akaun KWSP yang aktif
  7. Mempunyai lesen perkakas atau vesel menangkap ikan atau berdaftar secara pentadbiran dengan jabatan perikanan Malaysia bagi Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian bagi Sarawak dan Jabatan Perikanan Sabah bagi Sabah.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dikemukakan kepada Pejabat Perikanan Daerah yang berhampiran dengan membawa dokumen berkaitan

Dokumen Berkaitan:

  1. Salinan MyKad
  2. Salinan lesen perkakas atau vesel menangkap ikan yang masih sah berkuatkuasa bagi nelayan yang telah memiliki lesen
  3. Salinan borang pendaftaran dan pengesan nelayan darat
  4. Salinan buku akaun Agrobank atau bank yang bersesuaian sekiranya tiada perkhidmatan Agrobank di lokasi tersebut
  5. Gambar pemohon
  6. Lain-lain dokumen sokongan (jika perlu)

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai ESHN boleh melayari laman web rasmi Jabatan Perikanan Malaysia

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari infomarsi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top