Bantuan Pendidikan Untuk Warga Kedah

Kerajaan Negeri Kedah ada menyediakan dan menawarkan berbagai program bantuan dan inisiatif kepada penduduk yang berasal dari negeri tersebut.

Maklumat mengenai pelbagai bantuan ini tidak hanya meningkatkan kepekaan tentang sumber-sumber sokongan yang dapat diakses oleh masyarakat akan tetapi juga mencerminkan tekad pihak kerajaan dalam menjaga kesejahteraan dan kesejahteraan penduduknya.

Dalam artikel di halaman ini, pihak kami akan berkongsi dengan serba sedikit mengenai bantuan pendidikan yang disediakan oleh pihak kerajaan negeri Kedah. Dengan itu, ia memberikan maklumat berguna kepada masyarakat yang ingin memohon bantuan yang mereka layak dan perlukan.

Antara bantuan-bantuan yang disediakan dan yang ditawarkan adalah seperti berikut. Program bantuan pendidikan ini diambil dari sumber halaman rasmi iaitu Jitrasejahtera.

Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT

Bantuan pendidikan ini disediakan oleh Kerajaan Negeri Kedah dan Lembaga Zakat Negeri Kedah. Untuk pengetahuan pemohon, setiap permohonan mempunyai tempoh proses dan kelulusan yang bergantung kepada pihak kerajaan negeri dan lembaga tersebut. Lihat maklumat yang disertakan di bawah untuk membuat permohonan.

Bantuan Pendidikan

TARIKH PERMOHONAN

Semester Pertama KemasukanBaharu Januari 2024 â€“ Jun 2024:
1  Mac  2024  –  30  Jun  2024

Semester Pertama KemasukanBaharu Julai 2024 â€“ November 2024:
1 Julai 2024 â€“ 31 Oktober 2024

Untuk membuat permohonan secara dalam talian sila KLIK Pautan LINK INI.

Syarat Permohonan

  • Pemohon / Ibu / Bapa LAHIR di Negeri Kedah dan BERMASTAUTIN serta MENETAP di Negeri Kedah. (Mengikut alamat pada surat tawaran Sekolah / IPT)
  • Pemohon mestilah membuat Semakan Daftar Pemilihterlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat Dewan Undangan Negeri (DUN) di laman sesawang https://mysprsemak.spr.gov.mysebelum membuat permohonan.
  • Pendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10,970.00 (Pendapatan maksimum isi rumah M40) layak memohon BAKIPT tanpa mengira bilangan anak atau tanggungan.
  • Permohonan dibuka bagi peringkat SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) / SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) / SIJIL MATRIKULASI / ASASI / SIJIL POLITEKNIK / SIJIL KOLEJ KOMUNITI / DIPLOMA dan IJAZAH SARJANA MUDA secaraSEPENUH MASA bagi SEMESTER PERTAMA KEMASUKAN BAHARU TAHUN 2024 sahaja dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke SEKOLAH / IPT DALAM NEGARA atau LUAR NEGARA. (Bidang pengajian hendaklah diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm)
  • Pemohon hendaklah membuat Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau mengemukakan Surat Pengesahan Penerimaan Tawaran Masuk Sekolah / IPT.
  • Permohonan hanya diberikan SEKALI SAHAJA sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza.
  • Dokumen sokongan yang WAJIB dimuat naik di dalam bentuk PDF/JPEG/JPG/PNG yang DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Penghulu Mukim / Pengetua Sekolah / Pegawai Daerah / ADUNadalah seperti berikut:
  1.  Salinan Kad Pengenalan Pemohon, Ibu dan Bapa.
  2.  Salinan Slip Gaji Ibu / Bapa / Penjaga atau Borang Pengesahan Pendapatan Ibu / Bapa / Penjaga (BPPSPPNK/07).
  3.  Salinan Surat Tawaran Kemasukan Ke Sekolah / IPT.
  4.  Salinan Resit Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau Surat Pengesahan Penerimaan Tawaran Masuk Sekolah / IPT.
  5.  Salinan Akaun Bank / Penyata Bank pemohon.
  6.  Borang Pengesahan Tempat Tinggal Oleh Penghulu Mukim Negeri Kedah Darul Aman (BPPSPPNK/09). (Bagi Pemohon, Ibu dan Bapa yangLAHIR di  kawasan bersempadan Negeri Perlis, Perak dan Pulau Pinang sahaja)
  • Pelajar kategori berikut TIDAK LAYAK memohon:
  1.  Pelajar PASCA-SISWAZAH
  2.  Pelajar SEPARUH MASA
  3.  Pelajar LUAR KAMPUS
  4.  Pelajar di INSTITUSI PERGURUAN (IPG)
  5.  Pelajar di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  6.  Sijil SELAIN Politeknik dan Kolej Komuniti
  • Permohonan yang TIDAK LENGKAP dan TIDAK MEMENUHI SYARAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKANdan DITOLAK.

Kadar Bantuan

Jumlah sumbangan bagi bantuan awal kemasukan ke IPT ialah RM300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja).

Bagi pelajar yang menuntut IPT di luar Negeri Kedah boleh membuat permohonan dan membuat semakan status permohonan BAKIPT di ruangan Status Mohon dalam Sistem iBAKIPT.

Status permohonan LAYAK DIPERTIMBANGKAN bermaksud permohonan anda telah disemak dan dipertimbang oleh Pusat Khidmat / Penyelaras DUN Kawasan anda. Seterusnya, permohonan anda diproses oleh SPPNK untuk pertimbangan YB Exco Pendidikan Negeri Kedah.

Status permohonan DALAM PROSES BAYARAN bermaksud permohonan anda telah diluluskan oleh YB Exco Pendidikan Negeri Kedah dan bayaran akan dikredit ke akaun Pusat Khidmat/Penyelaras DUN Kawasan anda.

Kaedah bayaran bergantung kepada setiap Pusat Khidmat/Penyelaras DUN Kawasan pemohon.

Sila hubungi Pusat Khidmat/Penyelaras DUN Kawasan pemohon melalui pautan Pusat Kidmat/Penyelaras DUN untuk maklumat lanjut kaedah bayaran (setelah status permohonan PROSES BAYARAN).

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top