Bantuan RM300 Fasa 1 Ini Mula Dibayar Jun Ini

Bantuan RM300 Fasa 1 ini mula dibayar Jun ini. Jumlah nilai yang akan dibayar bagi bantuan ini adalah sebanyak RM500.

Pada 9 Jun 2023 lalu, pihak Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan inisiatif Bantuan Khas sebanyak RM500 yang akan disalurkan secara berfasa.

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Berikut adalah informasi mengenai bantuan yang akan dibayar secara berfasa bermula Jun ini.

Bantuan RM300 Fasa 1

Bantuan Khas ini akan diberikan kepada 9,000 pesawah yang terkesan dengan kekurangan pengeluaran hasil.

Bagi pembayaran Fasa 1, ia akan diberikan dengan kadar sebanyak RM300 untuk meningkatkan hasil padi. Manakala, Fasa 2 pula melibatkan pemberian benih bernilai RM200.

“Bantuan sokongan ini akan memberi manfaat kira-kira 2,500 pesawah di Kuala Selangor dan selebihnya di Sabak Bernam anggaran 6,500 pesawah menjadikan keseluruhan 9,000 pesawah.

“Bilangan semua 9,000 pesawah ini meliputi seluas kawasan 17,000 hektar dan bantuan diberi mengikut kriteria. Insentif ini antara pelbagai bantuan oleh Kerajaan Negeri pada setiap tahun yang disalurkan secara berterusan,” kata Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari selepas menghadiri program Kenduri Rakyat dan Pemberian Bantuan kepada Pesawah di Masjid Jamie At-Tuqa, Kuala Selangor.

Kadar Bantuan

  • Bayaran fasa 1 sebanyak RM300 melibatkan hasil padi.
  • Bayaran fasa 2 sebanyak RM200 melibatkan pemberian benih.

Bantuan-bantuan Lain

Dalam pada itu, sebelum ini Kerajaan Negeri Selangor turut mengumumkan pelbagai jenis bantuan-bantuan bagi membantu para penduduk negeri berkenaan.

Antaranya termasuklah dengan meneruskan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) yang melibatkan sumbangan e-Tunai sebanyak RM300 setiap bulan kepada 30,000 keluarga di negeri tersebut.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top