Bantuan RM500 KWSP

Bantuan RM500 KWSP ini akan dikreditkan ke Akaun 1 KWSP pencarum yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang daripada RM10,000.

Terdapat bantuan yang diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian dan Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Selain itu, pihak Kerajaan juga telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif dan kemudahan kepada rakyat negara ini.

Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan daripada KWSP ini: –

Bantuan RM500 KWSP

Di bawah Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk memperkenalkam bantuan tambahan caruman KWSP sebanyak RM500 secara ‘one-off’.

Bantuan ini akan dikreditkan ke Akaun 1 KWSP pencarum yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang daripada RM10,000.

Pelaksanaan bantuan ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM1 bilion dan akan memanfaatkan hampir 2 juta ahli badan kewangan berkenaan.

i-Saraan KWSP

Dalam masa sama, pihak Kerajaan turut memperkenalkan Insentif Persaraan (i-Saraan) yang membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan golongan yang tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman secara sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan sebagai insentif daripada pihak kerajaan.

Antara manfaat i-Saraan KWSP:

  • Boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang ditetapkan;
  • Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap;
  • Mencarum pada apa-apa amaun, pada bila-bila masa mengikut kemampuan kewangan masing-masing;
  • Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan;
  • Mendapat pelepasan cukai pendapatan;
  • Bantuan Kematian: RM2,500 (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP)

Antara tujuan pengenalan i-Saraan KWSP:

  1. Menyediakan saluran untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan.
  2. Meningkatkan jumlah orang yang bekerja sendiri menabung dengan KWSP
  3. Menzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada orang yang bekerja sendiri melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan mereka.
  4. Mengurangkan jumlah warga tua yang bergantung kepada peruntukan program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Selain manfaat sumbangan dari kerajaan, terdapat juga manfaat-manfaat lain yang kita akan perolehi dari i-Saraan KWSP.

Bantuan RM500 KWSP

Cara Daftar & Saluran Pembayaran

Tiada caruman minimum yang ditetapkan bagi setiap bulan.

Rujuk cara pendaftaran seperti berikut:

LANGKAH 1 : BUKA LAMAN WEB KWSP (i-Akaun) ATAU APLIKASI i-Akaun KWSP

Laman web i-Akaun: https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member

Google Playstore: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.epf.main&hl=en&gl=US

Apple App Store : https://apps.apple.com/my/app/i-akaun/id915682756

ATAU

Sekiranya anda / suri rumah telah berdaftar sebagai ahli KWSP, boleh klik pautan: https://online.kwsp.gov.my/isaraanReg/?lang=ms untuk pendaftaran i-Saraan.

LANGKAH 2: TEKAN MENU ‘REGISTER I-SARAAN’

LANGKAH 3: ISIKAN BUTIRAN ANDA & SAHKAN PENDAFTARAN

LANGKAH 4 : BUAT CARUMAN

Akhir sekali, anda bolehlah buat caruman secara online atau manual mengikut amaun yang diinginkan.

Caruman boleh dibuat melalui saluran berikut:

1. Perbankan Elektronik

  • Maybank
  • Public Bank
  • RHB Bank
  • Bank Muamalat
  • CIMB Bank

2. Kaunter Ejen Bank (Tunai Cek)

  • BSN
  • Maybank
  • Public Bank
  • RHB Bank

3. Ejen Bank Berdaftar

Ejen Bank (EB) BSN

4. Kaunter KWSP

Tunai (maksimum RM500) / cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar

Jumlah Caruman Minimum / Maksimum

Tiada had bayaran minimum, manakala had maksimum adalah RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela
(Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)

Siapa Yang Boleh Mohon?

Sesiapa sahaja layak untuk mendaftar sekiranya anda memenuhi syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Orang yang bekerja sendiri *(Orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja)
  • Ahli KWSP
  • Telah membuat pilihan i-Saraan

*Contoh Orang Yang Bekerja Sendiri

  • Petani/ nelayan/ pemandu teksi
  • Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown
  • Pengasuh bayi
  • Ejen menerima komisen (cth: ejen insurans, ejen hartanah)
  • Freelancer (cth: menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, jurulatih kesihatan, perunding)
  • Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan
  • Pemilik perniagaan dalam talian (online business)
  • Pemilik praktis sendiri (cth: akauntan, doktor, peguam)
  • Suri rumah
  • Pekerja Berpencen

Bagaimana Sumbangan Kerajaan Akan Dikreditkan?

KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun.

Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada Kerajaan.

Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan).

Apa Yang Diperlukan Untuk Pendaftaran iSaraan KWSP

  • MyKad
  • Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
  • Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan Belanjawan 2023 dan KWSP, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari infomarsi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top