TERKINI: Permohonan Bantuan Sara Hidup RM300 Sebulan

Bantuan Sara Hidup RM300 sebulan bagi nelayan bertujuan untuk meringankan kos dan beban sara hidup yang agak mencabar ketika ini.

Bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan diperingkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Bantuan Sara Hidup RM300 Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN)

ESHN adalah bantuan secara bulanan yang diberikan kepada pemilik individu vesel perikanan dan pekerja warganegara yang bekerja di atas vesel berlesen. Ini bertujuan untuk membantu golongan nelayan meringankan bebanan dalam menghadapi tekanan ekonomi disebabkan peningkatan kos sara hidup

Elaun Sara Hidup Nelayan Darat Kelayakan Pemohon

Syarat Kelayakan

  1. Memiliki MyKad (Biru).
  2. Mendapat Pengesahan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)/Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) /Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP)/Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) ataupun ketua badan-badan komuniti nelayan kawasan yang ditubuhkan di bawah penyeliaan Jabatan Perikanan Malaysia bagi Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian bagi Sarawak dan Jabatan Perikanan Sabah bagi Sabah.
  3. Ketua Isi Rumah atau salah seorang daripada ahli keluarga yang menjalankan aktiviti penangkapan ikan.
  4. Bayaran elaun sara hidup bulanan ini hanya disalurkan kepada nelayan darat tulen sahaja.
  5. Definisi nelayan darat tulen adalah seperti berikut:
    • warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 tahun yang terlibat dalam aktiviti penangkapan ikan di perairan sungai (termasuk tasik, bekas lombong, empangan dan lain-lain perairan umum); dan
    • menjalankan aktiviti penangkapan ikan tidak kurang daripada 25 hari setiap bulan; dan
    • sekurang-kurangnya 75 peratus jumlah pendapatan adalah daripada penangkapan ikan; dan
    • tiada pekerjaan yang memberikan pendapatan tetap; dan
    • bebas dari aktiviti penagihan dadah dan menjalani saringan air kencing dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK); dan
    • tidak mempunyai caruman dan akaun KWSP yang aktif; dan
    • mempunyai lesen perkakas atau vesel menangkap ikan atau berdaftar secara pentadbiran dengan Jabatan Perikanan Malaysia bagi Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian bagi Sarawak dan Jabatan Perikanan Sabah bagi Sabah

Dokumen Berkaitan:

  1. Salinan MyKad
  2. Salinan lesen perkakas atau vesel menangkap ikan yang masih sah berkuatkuasa bagi nelayan yang telah memiliki lesen
  3. Salinan borang pendaftaran dan pengesan nelayan darat
  4. Salinan buku akaun Agrobank atau bank yang bersesuaian sekiranya tiada perkhidmatan Agrobank di lokasi tersebut
  5. Gambar pemohon
  6. Lain-lain dokumen sokongan (jika perlu)
Bantuan sara hidup RM300 sebulan

Kadar Bantuan ESHN

Kadar bantuan ESHN yang diberikan adalah sebanyak RM300 sebulan kepada penerima yang layak.

KAEDAH PEMBAYARAN

  1. Pembayaran elaun sara hidup bulanan kepada nelayan darat tulen yang layak adalah melalui akaun Agrobank atau bank yang bersesuaian sekiranya tiada perkhidmatan Agrobank di lokasi tersebut.
  2. Pembayaran akan dibuat oleh Pejabat Perikanan Negeri ke akaun penerima melalui pihak Agrobank.

Cara Permohonan

  • Permohonan boleh dikemukakan kepada Pejabat Perikanan Daerah yang berhampiran
  • Nelayan darat tulen perlu mengisi Borang Permohonan Elaun Nelayan Darat atau Borang Pembaharuan Elaun Nelayan Darat dengan menyertakan dokumen seperti berikut:
    • Salinan MyKad
    • Salinan lesen perkakas atau vesel menangkap ikan yang masih sah berkuatkuasa bagi nelayan yang telah memiliki lesen
    • Salinan Borang Pendaftaran dan Pengesahan Nelayan Darat
    • Salinan buku akaun Agrobank atau bank yang bersesuaian sekiranya tiada perkhidmatan Agrobank di lokasi tersebut
    • Gambar pemohon
    • Lain-lain dokumen sokongan (jika perlu)

Bagi mereka yang berkelayakan boleh lihat garis panduan di sini :

BORANG PERMOHONAN

Borang Permohonan Elaun Nelayan Darat

Borang Pembaharuan Elaun Nelayan Darat

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai ESHN boleh melayari laman web rasmi Jabatan Perikanan Malaysia

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari infomarsi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top