Bantuan Tunai RM1,000 – RM1,500 telah dikreditkan

Bantuan Tunai RM1,000 – RM1,500 telah dikreditkan. Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan, melalui peringkat Negeri dan Persekutuan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Tujuan bantuan-bantuan yang diperkenalkan dan dilaksanakan adalah bagi membantu mereka yang memerlukan dan meringankan beban kewangan mereka di masa-masa tertentu, khususnya di musim perayaan.

Oleh itu, bantuan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diperkenalkan di peringkat Persekutuan mahupun negeri. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan-bantuan aidilfitri yang telah diperkenalkan: –

Bantuan Tunai Hari Raya Aidilfitri

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor telah setuju memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000. Bantuan tunai ini diberikan kepada semua penjawat awam negeri yang sedang berkhidmat di SUK (bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri) dan penjawat awam kerajaan persekutuan yang berkhidmat bawah SUK.

Dalam masa sama, insentif elaun sebulan pula diberikan kepada pemimpin masyarakat lantikan negeri seperti Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), pegawai perhubungan perkampungan kampung baru, bagan, tersusun serta ketua komuniti India terima elaun sebulan.

“Turut menerima manfaat sama ialah penyelia Pusat Wanita Berdaya Selangor (WBS) dan Penggerak Belia Selangor,” kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Penggerak masjid seperti nazir, imam, bilal, siak serta guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) pula menerima bantuan tunai berjumlah RM500. Pembayaran bantuan ini telah pun dikreditkan kepada setiap penerimanya pada 08 April 2024 lalu.

Selain itu, Kerajaan Negeri Johor turut memperkenalkan bantuan sama tapi dengan kadar setengah bulan gaji atau minimum RM1,500. Bantuan itu diberikan kepada 17,704 orang penjawat awam Johor termasuk yang berkhidmat di pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri.

Pembayaran bantuan ini telah pun dikreditkan kepada setiap penerima sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Kerajaan negeri Johor juga telah bersetuju untuk Menimbal Guna Bayaran Insentif Awal (BIA) Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Tahun 2024 yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk diguna pakai di semua jabatan negeri, PBT dan badan berkanun negeri.

“BIA Kajian SSPA Tahun 2024 sebanyak RM2,000 akan dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Negeri, Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana, Gred 56 dan ke bawah, manakala RM1,000 akan dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Gred Jawatan Utama/Khas.

“Timbal guna BIA Kajian SSPA Tahun 2024 ini juga akan memanfaatkan seramai 17,704 penjawat awam,” kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Persekutuan

Di peringkat Persekutuan, pihak Kerajaan telah bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada pata penjawat awam Gred 56 ke bawah.

RM500 juga diberikan kepada pegawai lantikan Contract of Service (COS), pegawai sambilan harian serta pegawai lantikan MySTEP dan RM250 kepada pesara kerajaan, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.

Bantuan itu turut layak diterima oleh pegawai yang bercuti dengan bergaji penuh, bercuti separuh gaji dan bercuti tanpa gaji serta pegawai yang dipinjamkan, termasuk ke agensi yang diasingkan saraannya. BKKA ini dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai itu. Pegawai lantikan MySTEP yang masih berkhidmat pada 5 April dan telah dilantik sebelum 5 April juga layak menerimanya.

Bantuan sama sebanyak RM250 pula diberikan kepada semua pesara kerajaan, termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen, termasuk yang bersara selepas mencapai opsyen umur persaraan atau bersara atas sebab kesihatan akan dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), manakala veteren berpencen dan tidak berpencen oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).

Pembayaran bantuan ini telah dibuat kepada penerima yang layak pada 05 April 2024 lalu secara kredit terus ke akaun penerima.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top