Ketika pembentangan Bajet 2023 Oktober lalu, Kerajaan telah bersetuju akan terus memberi bantuan untuk Warga Emas yang berkelayakan.
Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.
TUJUAN:
Bantuan ini diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
JUMLAH BAYARAN
Warga Emas yang berkelayakan, mereka akan menerima bayaran secara bulanan berjumlah :
- RM500 (sebulan)
KRITERIA KELAYAKAN
Berikut adalah kriteria kelayakan yang telah ditetapkan :
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata / Miskin Per Kapita Semasa; dan
- Warga emas yang bukan tinggal di:
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
NOTA : Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.
CARA MEMOHON
Berikut adalah cara untuk memohon :
- Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
- Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Dokumen Sokongan
Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan :
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon / Isteri / Ibu / Bapa / Anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Sila sertakan sekali borang permohonan. Borang tersebut hendaklah di isi dengan tepat.
Setelah lengkap, pemohon diminta membawa dokumen berserta borang permohonan hadir ke
- Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang JKM di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)