Bantuan Zakat Kedah Secara Bulanan

Bantuan Zakat Kedah boleh dimohon oleh golongan asnaf melalui Lembaga Zakat Negeri Kedah. Dimana kelulusan permohonan tertakluk kepada keputusan proses siasat oleh Pegawai Zakat.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK) merupakan organisasi yang diberi tanggungjawab mengurus kutipan zakat dan agihan zakat di dalam negeri Kedah.

Syarat Permohonan Bantuan Zakat Negeri Kedah Warganegara Malaysia dan tinggal di negeri Kedah sekurang-kurangnya 1 tahun. Pendapatan kasar isi rumah semasa di bawah RM 2,000.00 sebulan (Gaji Kasar). Hanya ketua keluarga sahaja layak memohon bantuan atau waris pemohon bagi yang masih berada dibawah tanggungan.

Bantuan Zakat Kedah

Bantuan Zakat Kedah ada menyediakan beberapa bantuan untuk mereka yang berkelayakan.

Antara senarai bantuan yang boleh dipohon ialah :

  • Bantuan Sara Hidup
  • Bantuan Perubatan
  • Bantuan Perumahan
  • Bantuan Pendidikan
  • Bantuan Pembangunan Ummah
  • Bantuan Musibah Alam
  • Bantuan Ekonomi/Jayadiri

Bagi mengetahui lebih lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi

Senarai Agihan Lembaga Zakat Kedah (Individu)

Agihan Kepada Individu

  1. Agihan Kewangan Bulanan
  2. Agihan Makanan Bulanan
  3. Agihan Miskin Tahunan
  4. Agihan Sara Hidup Sekaligus
  5. Agihan Saudara Baru Permulaan
  6. Agihan Kepada Orang Berhutang
  7. Agihan Tambang Pulang
  8. Agihan Perkahwinan Saudara Baru

Syarat Permohonan Bantuan Zakat Negeri Kedah

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia dan tinggal di negeri Kedah sekurang-kurangnya 1 tahun.
  3. Pendapatan kasar isi rumah semasa di bawah RM 2,000.00 sebulan (Gaji Kasar).
  4. Hanya ketua keluarga sahaja layak memohon bantuan atau waris pemohon bagi yang masih berada dibawah tanggungan.
  5. Bukan penerima bantuan Kewangan Bulanan Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Cara Memohon Bantuan Zakat Kedah

Permohonan bantuan bulanan zakat Kedah melalui Skim Agihan Khas Zakat Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Ia bertujuan meringankan golongan asnaf yang terjejas pendapatan dalam fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Mereka yang ingin memohon bantuan khas zakat negeri Kedah ini hendaklah membuat permohonan secara atas talian (online) melalui laman; 

Bantuan zakat Kedah

Semakan Status Bantuan

Bagi mereka yang telah membuat permohonan boleh semak status bantuan melalui laman dibawah:

Maklumat Lanjut

Bagi mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi:

Melalui Emel, boleh memberi sebarang cadangan, pertanyaan atau aduan anda ke :

Emel : [email protected] / [email protected] atau,

Boleh pergi ke pejabat rasmi di;

Menara Zakat,
Jalan Teluk Wan Jah,
05200, Alor Setar,
Kedah
Tel    : 04-733 1740
Faks : 04-731 6280

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari infomarsi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top