Semakan Bantuan Zakat MAINS

Bantuan Zakat MAINS 2023 dan bayar zakat fitrah Negeri Sembilan mengikut kadar ditetapkan secara online atau di pejabat.

MAINS menawarkan perkhidmatan bantuan zakat kepada rakyat Negeri Sembilan mengikut golongan asnaf. Kadar bantuan juga berbeza mengikut golongan asnaf.

Zakat merupakan tunjang dalam pembelaan asnaf dan juga ummah. Lantaran itu Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan sentiasa memastikan bahawa kutipan zakat di Negeri Sembilan dapat dimaksimumkan dan juga diuruskan dengan telus, baik, dan menyeluruh disamping mengagihkannya kepada yang berhak untuk menerima.

Terdapat pelbagai bantuan zakat yang akan diagihkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) kepada golongan yang memenuhi syarat kelayakan.

SKIM BANTUAN ZAKAT MENGIKUT ASNAF

Berikut merupakan Skim Bantuan Zakat Mengikut Asnaf:

FAKIR & MISKIN:

  • Bantuan Makanan
  • Bantuan Membaiki Rumah
  • Bantuan Perubatan dan Peralatan Perubatan
  • Bantuan Hemodialisis
  • Pembangunan Asnaf & Modal
  • Bantuan Hari Raya
  • Bantuan Kewangan
  • Bantuan Persekolahan & Pendidikan
  • Program Motivasi Fakir Miskin

AMIL:

  • Pengurusan Amil
  • Kursus Amil
  • Tambang & Elaun Amil
  • Urusan Zakat Fitrah

MUALLAF:

  • Saguhati Kemasukan Islam.
  • Program Kefahaman Islam & Kursus
  • Bantuan Kebajikan Muallaf
  • Membaiki Rumah dan Sewa Rumah
  • Bantuan Perkahwinan Muallaf
  • Bantuan Modal dan Perniagaan
  • Dermasiswa Muallaf
  • Pertubuhan Muallaf

GHARIMIN:

  • Bantuan Membayar Hutang Keperluan Asasi (perlindungan, pakaian, makanan, perubatan, pendidikan).
  • Bantuan Bencana Alam/Musibah (banjir, rumah terbakar, kerosakan akibat tanah runtuh atau ribut taufan).

FISABILILLAH:

  • Saguhati Jawatankuasa Masjid
  • Pembiayaan Kursus Kefahaman Islam
  • Mengurus Jenazah Tanpa Waris
  • Bantuan Surau & Masjid
  • Derma Perayaan Islam
  • Bantuan kepada Pertubuhan Islam
  • Bantuan Tahunan Masjid
  • Aktiviti Pusat Kaunseling
  • Usaha Penterjemahan Kitab
  • Tahfiz Al-Quran
  • Bantuan kepada Badan Penguatkuasa Agama

RIQAB:

  • Dermasiswa Pelajaran
  • Bantuan Sekolah Agama Rakyat
  • Pembudayaan Al-Quran Dan Ilmu
  • Bantuan kepada Sek.Men.Agama di Negeri Sembilan
  • Bantuan Kebajikan Am IPT
  • Bantuan Kebajikan Persekolahan
  • Saguhati Pelajar Timur Tengah
  • Pembayaran Elaun Penyelia Kafa
  • Bantuan Perpustakaan Sek.Agama
  • Bantuan Aktiviti Institusi Pendidikan

IBNU SABIL:

  • Bantuan Tambang Musafir
  • Bantuan Tambang Pelajar
  • Insentif Naik Haji Pegawai Masjid

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Zakat MAINS, sila klik pada pautan berikut:

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top