Bayaran BAP Disalurkan Bermula 10 Mac 2024

Bayaran BAP Disalurkan Bermula 10 Mac 2024.  Berjumlah RM150 untuk murid sekolah tahun 1 akan disalurkan bermula Ahad ini.

Bayaran akan disalur melalui sekolah dan diagihkan kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.

Kementerian Pendidikan memaklumkan, sebanyak RM788.13 juta diperuntukkan dalam Belanjawan 2024 khusus untuk BAP.

Berikut dikongsikan maklumat penuh berkenaan bantuan ini.

Bayaran BAP Bantuan Awal Persekolahan

Bantuan BAP diperkenalkan pada tahun 2012 yang bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.

Sebelum ini, bantuan ini diberikan kepada murid dari kalangan keluarga yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.

Dalam Belanjawan 2023, bantuan ini diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan keluarga.

Bayaran bap

Kadar Bantuan

Bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM150 bagi seorang murid secara sekali gus atau ‘one-off’.

Syarat Kelayakan Bantuan BAP

  • Murid Warganegara Malaysia
  • Murid tahun 1 hingga tingkatan 5 atau yang setaraf dengan bagi Sesi Persekolahan 2023/2024
  • Murid yang bersekolah di:
    • Sekolah Kerajaan (SK)
    • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
    • Sekolah Agama
    • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan
    • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
    • Sekolah Integriti
    • Sekolah Henry Gurney
    • Sekolah Rendah Sains MARA
    • Maktab Tentera Diraja

Kaedah Penyaluran Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke:

  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyak akaun KWK

Pengagihan BAP dibuat secara:

  • Tunai; ATAU
  • Disalurkan terus ke akaun bank murid

Borang Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Pihak sekolah akan menetapkan kaedah pembayaran kepada setiap murid.

Bagi sesetengah sekolah, murid atau ibu bapa tidak perlu membuat permohonan kerana semua murid layak dan pemberikan ini tidak berdasarkan data pendaptan ibu bapa dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Maklumat Lanjut

Maklumat berkaitan bantuan ini akan dikemaskini mengikut pengumuman dari pihak yang berkenaan. Untuk membaca bantuan lain sila layari LINK INI

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top