Bella Astillah Tarik Diri Daripada Berlakon  Dengan Aliff Aziz & Ruhainies

Menerusi Instagram, pelakon Bella Astillah telah memuat naik hantaran mempamerkan dirinya berjumpa dengan Dato’ Sri Jaspal yang merupakan penerbit drama Terjerat.

Bella tarik diri?

Ibu kepada dua anak itu seperti memberi bayangan bahawa dia sudah menarik diri atau tidak dapat teruskan kerjasama dengan pihak produksi Terjerat yang turut dibintangi suaminya, Aliff Aziz dan Ruhainies.

Terima kasih kerana memahami. Panjang umur dan ada rezeki kita bekerjasama lagi. Salam Ramadan.

Bella Astillah Tarik Diri Daripada Berlakon  Dengan Aliff Aziz & Ruhainies

Bella berkata, keputusan dibuat selepas bertemu dengan penerbit drama iaitu Datuk Seri Jaspal, semalam.

“Sebelum keputusan ini dibuat, saya bertemu dengan beliau terlebih dahulu,”

“Beliau memahami situasi saya dan menerima keputusan yang saya pilih,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Bella menerusi hantaran di Instagram berterima kasih kepada pasukan drama itu atas kerjasama yang sudah diberikan.

“Terima kasih Datuk Seri Jaspal. Terima kasih kerana memahami. Panjang umur dan ada rezeki, kita bekerjasama lagi,” katanya.

Menerusi drama itu, Bella memegang watak perampas suami (lakonan Fendy Bakry) kepada kakaknya yang dibintangi oleh Ruhainies.

Kenapa Bella pula yang kena remove?

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen ramai peminat yang tertanya apakah sebabnya Bella sudah dibuang daripada Whatsapp group yang dibuat khas untuk pelakon-pelakon drama itu.

Bagaimanapun, sesetengah peminat seperti dapat faham apa yang Bella cuba sampaikan dan menurut mereka mungkin aktres tersebut yang memohon agar dia mengundurkan diri bukanlah namanya digugurkan.

Sumber: Beautifulnara

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top