BKM FASA 4 : Kategori Penerima Yang Akan Terima Bayaran RM900

Sehingga 27 September lalu, bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 3 telah selesai dilaksanakan. 

Seperti yang telah dijadualkan, bayaran BKM akan melalui 4 fasa bayaran. Ini bermakna, hanya 1 fasa sahaja lagi tinggal iaitu pada Disember ini.

Namun, tahukah anda terdapat 3 kategori yang akan menerima bayaran sebanyak RM900 fasa keempat nanti. Adakah anda terdiri daripada kategori yang dimaksudkan?

Ikuti perkongsian dibawah untuk info lanjut.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.

Untuk makluman semua, BKM ni adalah bantuan tunai langsung tertinggi dalam sejarah berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Bantuan Sara Hidup (BSH). Sebagai perbandingan, kadar maksimum BKM adalah RM2,600 berbanding BR1M (RM1,200) dan BSH (RM1,480).

JUMLAH BAYARAN BKM FASA 4

Berikut adalah kadar bayaran bagi penerima yang layak setiap kategori pada fasa ketiga nanti :

1) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,500)
  1. Tiada Anak – RM 300
  2. 1-2 Anak – RM 600
  3. 3-4 Anak – RM 900
  • Pendapatan Isi Rumah ( RM 2,501 – RM 5,000)
  • Tiada Anak – RM 100
  • 1-2 Anak – RM 200
  • 3-4 Anak – RM 300

2) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Berumur 60 tahun dan ke atas + Isi Rumah Warga Emas (RM300)

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
  • Tiada Anak – RM 300
  • 1-2 Anak – RM 600
  • 3-4 Anak – RM 900
  • Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
  • Tiada Anak – RM 100
  • 1-2 Anak – RM 200
  • 3-4 Anak – RM 300

3) Kategori Isi Rumah (IBT) Mempunyai Anak – Tiada Had Umur

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
  • 1-2 Anak – RM 600
  • 3-4 Anak – RM900
  • Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
    • 1-2 Anak – RM 200
    • 3-4 Anak – RM 300

4) Kategori Bujang & IBT Tidak Mempunyai Anak – 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan (RM 0 – RM 2,500)
  • TIADA BAYARAN

5) Kategori Bujang & IBT Tidak Mempunyai Anak – 60 Tahun dan ke atas

  • Pendapatan (RM 0 – RM 5,000)
  • RM 150

KATEGORI TERIMA BAYARAN RM900

Berikut adalah kategori yang bakal terima bayaran sehingga RM900 pada BKM Fasa 4 nanti :

TARIKH BAYARAN BKM FASA 4

Seperti yang telah dijadualkan, pelaksanaan bayaran BKM Fasa 4 akan dilakukan pada :

  • DISEMBER 2022

Walaubagaimanapun, tiada tarikh spesifik mengenainya.

Pihak kami akan maklumkan dari semasa ke semasa sekiranya ada maklumat rasmi mengenainya.

SEMAKAN BKM FASA 4

Sekiranya anda ingin membuat semakan kelayakan dan bayaran, anda boleh berbuat demikian melalui portal rasmi BKM apabila ianya telah dibuka iaitu :

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top