BMT RM800 Disalurkan Bulan November

BMT RM800 Disalurkan Bulan November. BMT adalah singkatan bagi Bantuan Musim Tengkujuh. Tujuan utama BMT ini adalah untuk meringankan serta mengurangkan beban kewangan pekebun kecil/penoreh getah.

BMT adalah sebuah bantuan kewangan dari Kerajaan. Di bawah Belanjawan 2023, kadar bantuan ini telah dinaikkan kepada RM800, berbanding RM600 sebelumnya.

BMT RM800

Bantuan Musim Tengkujuh atau BMT adalah sebuah bantuan kewangan dari Kerajaan. Di bawah Belanjawan 2023, kadar bantuan ini telah dinaikkan kepada RM800, berbanding RM600 sebelumnya.

Antara tujuan utama BMT ini adalah untuk meringankan serta mengurangkan beban kewangan pekebun kecil/penoreh getah yang berkelayakan semasa musim tengkujuh.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Satu lot hanya seorang penerima sahaja (Pekebun Kecil atau Penoreh) layak menerima bantuan;
  • Seorang Pekebun Kecil atau Penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)
    • Warganegara Malaysia
    • Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA
    • Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar
    • Pemilik tanah yang sah
    • 1 lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan
  • Penoreh (Bukan Pemilik Tanah)
    • Warganegara Malaysia
    • Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
    • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar
    • 1 lot tanah hanya seorang penoreh/penama sahaja yang layak menerima bantuan
    • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat.

Tarikh Pembayaran

Untuk makluman, permohonan BMT telah ditutup pada 15 September 2023 lalu.

Bagi pemohon yang lulus permohonan – pembayaran bantuan ini akan dibuat secara berperingkat sebanyak empat fasa (RM200 setiap fasa).

  • Tarikh mula pembayaran adalah pada bulan November 2023 sehingga Februari 2024 (selama 4 bulan).

Kadar pembayaran

  1. November 2023 (RM200)
  2. Disember 2023 (RM200)
  3. Januari 2024 (RM200) dan
  4. Februari 2024 (RM200)

Info Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan Bantuan BMT boleh dihubungi melalui talian 03-42512125 atau 03-42512135 atau 03-42512023.

Manakala, maklumat lebih lengkap berkenaan BMT, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top