Cara Bayar Cukai Taksiran

Jika anda memiliki rumah, anda perlu membuat pembayaran Cukai Harta kepada pihak berkuasa tempatan seperti PBT, majlis bandaraya, atau majlis perbandaran. Contohnya, jika anda memiliki rumah di Kuala Lumpur, anda perlu membayar cukai ini kepada DBKL.

Maksud Cukai Taksiran

Cukai Taksiran adalah cukai yang dikenakan ke atas harta tanah yang terletak didalam kawasan pihak berkuasa tempatan / majlis bandaraya / majlis perbandaran:

  1. Kediaman – Rumah teres, rumah berkembar, rumah sesebuah, rumah bandar, rumah pangsa, pangsapuri, apartment, kondominium, rumah kedai dan sebagainya.
  2. Perniagaan – Kedai, kedai/pejabat, pusat membeli belah, pawagam, pejabat, hotel, stesen minyak, pusat rekreasi
  3. Perindustrian – Kilang teres, kilang berkembar dan kilang sesebuah.
  4. Tanah kosong – Tanah pertanian, tanah pembangunan

Punca kuasa

Dari manakah datangnya kewajipan untuk membayar cukai ini?

Punca kuasa untuk mengenakan Cukai Taksiran adalah dibawah Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Berikut merupakan contoh anggaran kasar cukai taksiran yang dikenakan terhadap pemilik kediaman/bangunan/tanah:

Nilai Tahunan ialah Anggaran Sewa Kasar Setahun yang munasabah dijangka akan diperolehi dari setahun ke setahun dari pegangan yang berkenaan jika disewakan.

NILAI TAHUNAN = ANGGARAN SEWA KASAR SEBULAN X 12 BULAN

Contoh pengiraan bagi rumah teres 1 tingkat:

  • Luas Bangunan 140.00 Meter Persegi
  • Anggaran Sewa Kasar RM150.00 Sebulan
  • Nilai Tahunan RM150.00 X 12 bulan = RM1,800.00
  • Kadar 13% Cukai Taksiran Setahun RM1,800.00 X 13% = RM234.00
  • Cukai Taksiran Sepenggal RM234.00 ÷ 2 penggal = RM117.00

Cara Bayar Cukai Taksiran

Setiap pihak berkuasa tempatan / majlis bandaraya / majlis perbandaran membuka kaedah atau mekanisma pembayaran yang berbeza-beza namun kebiasaannya cukai taksiran ini boleh dibayar secara dalam talian (online).

Untuk tujuan pembayaran cukai ini, anda perlulah mengetahui siapakah berkuasa tempatan / majlis bandaraya / majlis perbandaran di mana alamat kediaman anda miliki.

Biasanya anda boleh rujuk pada surat yang dihantar ke alamat anda.

Kemudian, ikuti langkah berikut:

  1. Di pelayar web anda, taip “cukai taksiran” + “nama pihak berkuasa tempatan / majlis bandaraya / majlis perbandaran” anda.
  2. Misalnya, sekiranya anda tinggal di Ipoh, taip sahaja “cukai taksiran Ipoh”
  3. Paparan pelayar web akan memaparkan pautan untuk membuat bayaran cukai anda secara dalam talian
  4. Untuk membuat bayaran, pastikan anda mengetahui nombor cukai anda.

Berikut merupakan beberapa beberapa pihak berkuasa tempatan / majlis bandaraya / majlis perbandaran popular sebagai rujukan anda:

Sumber: eCentral.my

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top