Cara Buka Akaun ASB Online

Cara Buka Akaun ASB Online melalui Aplikasi myASNB tidak perlu pergi ke kaunter. myASNB ialah portal pelaburan yang dibangunkan ASNB untuk memudahkan pelabur ASNB menguruskan pelaburan secara dalam talian (on-line).

ASB ialah satu tabung unit amanah yang diuruskan oleh ASNB. ASNB ialah syarikat pengurusan unit amanah yang merupakan anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Sekarang untuk membuka akaun ASB boleh dilakukan dengan dalam talian sahaja.

MyASNB

myASNB ialah portal pelaburan yang dibangunkan ASNB untuk memudahkan pelabur ASNB menguruskan pelaburan secara dalam talian (on-line).

Antara kemudahan yang disediakan menerusi myASNB ialah:

  • Pelaburan tambahan terus ke dalam akaun unit amanah ASNB secara percuma;
  • Penetapan pelaburan secara automatik menerusi Auto Labur;
  • Menyemak rekod urus niaga dan baki pelaburan yang terkini;
  • Mengemaskini maklumat peribadi dengan mudah; dan
  • Mengurus akaun pelaburan anak berusia 18 tahun ke bawah untuk penjaga berdaftar.
  • Pengeluaran pelaburan unit amanah ASNB
  • Untuk menggunakan myASNB, pelabur perlu terlebih dahulu mengemaskini nombor telefon di mana-mana Cawangan atau Ejen ASNB sebelum mendaftar di www.myasnb.com.my

Permodalan Nasional Berhad telah mempertingkatkan sistem portal dan aplikasi myASNB untuk menyediakan lebih kemudahan kepada anda, di mana kini pembukaan akaun ASNB juga telah ditawarkan secara online!

Cara Buka Akaun ASB / Pendaftaran ASNB Online

Dengan ciri dan wajah yang terbaharu, kini anda boleh membuat pendaftaran akaun baharu menerusi aplikasi myASNB.

Pelaburan permulaan ialah serendah RM10 untuk semua tabung unit amanah ASNB

Untuk membuka akaun pelaburan ASNB, sila rujuk langkah di bawah:

LANGKAH PERTAMA

Muat turun aplikasi myASNB.

Myasnb

LANGKAH 2

Sediakan kad pengenalan dan butiran akaun bank untuk mendaftar.

Isikan maklumat di ruang yang disediakan.

Myasnb

LANGKAH 3

Buat proses verifikasi identiti.

Cipta akaun dengan menetapkan ID dan kata laluan

LANGKAH 4

Akhir sekali, pilih kaedah pembayaran untuk pelaburan awal serendah RM10.

Pilih kaedah pembayaran melalui bank yang tersedia.

SELESAI

OK siap! Anda kini dah boleh memulakan pelaburan di akaun ASB yang baru pada bila-bila masa dan di mana-mana saja.

Selamat mencuba.

Anda juga boleh mengunjungi pejabat cawangan ASNB atau ejen ASNB untuk membuka akaun.

Dokumen yang perlu dibawa ialah:

  • 18 tahun ke atas – Kad pengenalan
  • Bawah 18 tahun – myKid/myKad / Sijil Kelahiran dan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga

Pastikan buat temujanji terlebih dahulu di pautan berikut: www.asnb.com.my

Maklumat Lanjut

Pastikan anda telah muat turun aplikasi myASNB yang terkini untuk pelbagai pembaharuan yang disediakan.

Sekiranya anda mengalami sebarang kesulitan dengan aplikasi myASNB, sila layari portal myASNB untuk melakukan urus niaga, melihat baki akaun dan lain-lain.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top