Skip to content

Cara Daftar eKasih 2024 Secara Ringkas

Cara daftar eKasih 2024 – eKasih adalah sebuah sistem pengkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat kebangsaan untuk membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan bagi negara Malaysia.

Selain itu, sistem ini (data ekasih) juga digunakan sebagai rujukan oleh Kementerian dan Agensi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan.

Sistem ini direka bentuk untuk menyokong kementerian atau agensi yang berminat dalam kerja pembasmian kemiskinan. Dengan sistem ini, bantuan dapat diagihkan kepada golongan miskin dengan lebih cekap dan berkesan.

Cara Daftar eKasih 2024

Proses pendaftaran dan permohonan eKasih boleh dijalankan melalui beberapa cara yang berikut:

Cara daftar ekasih 2024 : Nombor telefon pejabat ppn
  1. Individu/ orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) yang berdekatan untuk mendaftar permohonan ataupun boleh mendaftar melalui Pemimpin Tempatan/ Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)/ Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).
  2. Pendaftaran Langsung ke PPN atau Pejabat Daerah: Cara yang paling mudah dan senang adalah dengan menghadiri PPN atau Pejabat Daerah yang berdekatan dengan anda untuk mendaftar.
  3. Setiap permohonan pendaftaran yang diterima hendaklah memenuhi kriteria berikut sebelum dibuat pengesahan melalui Mesyuarat Focus Group Daerah/ Negeri (FGD/ FGN), sebelum bancian di lapangan.
    • KIR Warganegara Malaysia;
    • Pendapatan isi rumah di bawah PGK semasa; dan
    • Butiran maklumat pemohon yang lengkap.
Cara daftar ekasih : carta alir pendaftaran

Semakan Pendaftaran

Anda boleh memeriksa status permohonan anda dengan mudah melalui pautan dibawah.

Sistem tersebut merupakan kemudahan semakan status daftar eKasih. Terdapat 4 status daftar:

  1. Disahkan – Telah dibanci
  2. Disemak – Dalam proses banci
  3. Ditolak – Tidak layak dibanci
  4. Baru/Daftar Terbuka – Pemohonan baru

KLIK SINI UNTUK MEMBUAT SEMAKAN

Selain itu, anda juga boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian/Unit Kesejahteraan Rakyat).

Ciri-ciri eKasih adalah seperti berikut:

  1. Portal Semakan Status Kemiskinan Secara Online: Ia membolehkan individu-individu yang memerlukan bantuan menyemak status kemiskinan mereka dengan mudah melalui portal atas talian.
  2. Menyelerasa Maklumat Bantuan: eKasih membantu dalam pengurusan bantuan dengan lebih cekap, memastikan bantuan diberikan kepada yang memerlukan.
  3. Mengemaskini Maklumat Kemiskinan Secara Online: Maklumat yang terkandung dalam eKasih adalah semakin dikemaskini, memastikan ketepatan dan keberkesanan program-program bantuan.
  4. Mengira Status Kemiskinan (Miskin/Miskin Tegar) Secara Automatik: eKasih dapat mengira status kemiskinan secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
  5. Menjana Report dan Statistik Kemiskinan: eKasih membolehkan pihak berkuasa menghasilkan laporan dan statistik mengenai kemiskinan, yang berguna untuk perancangan dan pengambilan keputusan.
  6. Poverty Mapping dan Pemantauan Kemiskinan: Ia memungkinkan pihak berkuasa untuk membuat pemetaan kemiskinan dan pemantauan yang lebih berkesan.

Syarat Layak eKasih

Untuk menjadi layak memohon bantuan melalui eKasih pada tahun 2023, terdapat satu jadual yang telah disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi sebagai rujukan. Anda boleh menilai kelayakan anda berdasarkan pendapatan per kapita yang anda perolehi, jika ia adalah di bawah garis panduan dalam jadual tersebut.

Dengan adanya eKasih, kerajaan Malaysia dapat menyediakan bantuan yang lebih berkesan kepada golongan yang memerlukan, membantu mereka untuk mengatasi cabaran kemiskinan, dan meningkatkan taraf kehidupan mereka.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.