Cara Mohon Bantuan Ibu Tunggal Online 2024

Ibu tunggal di Malaysia yang terjejas dari segi ekonomi akibat kehilangan sokongan kewangan daripada kematian suami atau perceraian memerlukan bantuan dari pelbagai pihak termasuklah pihak kerajaan.

Kerajaan Malaysia ada menawarkan beberapa bantuan khusus untuk ibu tunggal di Malaysia yang terjejas, ini menunjukkan prihatin terhadap golongan ibu tunggal ini dengan menyediakan bantuan kewangan, tempat tinggal, dan barangan keperluan asas.

Panduan pendaftaran untuk memohon bantuan kerajaan persekutuan atau negeri boleh dimohon secara online atau manual.

Antara jabatan yang menawarkan bantuan kepada ibu tunggal adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pembangunan Wanita.

Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat (KPWKM) memainkan peranan penting dalam menyelaras program bantuan untuk golongan ibu tunggal. Selain daripada bantuan terkini yang diumumkan oleh kerajaan, terdapat juga pelbagai jenis bantuan bulanan seperti Bantuan Am, Bantuan Orang Tua, dan lain-lain yang disediakan seperti yang dikongsikan di bawah berikut:

Bantuan JKMM Untuk Ibu Tunggal

Antara bantuan yang disediak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk ibu tunggal adalah seperti berikut:

Bantuan Bulanan – Bantuan Am

  • Bantuan Penyaraan Kanak-kanak
  • Bantuan Anak Pelihara
  • Elaun Pekerja cacat
  • Bantuan Orang Tua
  • Bantuan Am

Bantuan Sekaligus – Geran Pelancaran

  • Bantuan Alat Tiruan / Sokongan
  • Geran Pendidikan dan Latihan Kemahiran
  • Bantuan Sekolah (sekiranya mempunyai anak-anak bersekolah)

Cara Mohon Bantuan Ibu Tunggal

Terdapat beberapa agensi yang terlibat dengan pihak kerajaan yang menawarkan bantuan kepada ibu tunggal. Seperti yang dikongsikan di bawah ini. Maklumat ini merangkumi maklumat umum ibu tunggal, bantuan kebajikan, perubatan, perniagaan dan direktori persatuan ibu tunggal seluruh Malaysia.

Bantuan Kebajikan Ibu Tunggal

Terdapat beberapa bantuan kebajikan yang ditawarkan kepada ibu tunggal. Antaranya adalah seperti berikut.

1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) adalah Skim bantuan kewangan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada golongan Ibu Tunggal yang layak 

Maklumat lanjut layari Portal JKM – Bantuan Kanak-Kanak

2. Bantuan Orang Tua

Bantuan ini diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti. 

Maklumat lanjut, layari Portal JKM – Bantuan Orang Tua

3. Inisiatif Iltizam Selangor Penyayang

Program ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas.

Maklumat lanjut, layari Inisiatif Iltizam Selangor Penyayang

4. Bantuan Zakat

Ibu Tunggal yang cukup kriteria penerimaan zakat boleh memohon bantuan zakat menerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS) atau Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top