Skip to content

Caruman Perlindungan Suri Rumah RM120 Setahun

  • Bantuan

PERKESO telah memperkenalkan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang berkuat kuasa pada 1 Disember 2022 di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022.

Tujuan skim ini diperkenalkan untuk menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan suri rumah daripada bencana domestik dan keilatan semasa menguruskan rumah tangga.

Selain itu, skim ini juga juga melindungi suri rumah yang ditimpa penyakit atau keuzuran

Bagi suri rumah yang berminat, mereka boleh membuat pendaftaran mulai 1 Disember 2022 di mana-mana Pejabat PERKESO di seluruh negara.

Takrifan Suri Rumah

Caruman ini adalah khusus kepada mereka yang bergelar suri rumah.

Suri rumah ialah seorang perempuan sama ada berkahwin atau belum, yang menguruskan rumah tangga secara sepenuh masa atau tidak; termasuk isteri, ibu, janda, balu atau ibu tunggal.

Jumlah Caruman

Jumlah caruman yang ditetapkan adalah RM120 bagi tempoh 12 bulan berturut-turut yang perlu dibayar terlebih dahulu.

Caruman boleh dibuat oleh suami, suri rumah, keluarga atau mana-mana pihak ketiga bagi suri rumah tersebut.

Prinsip ‘once in, always in’ akan terpakai bagi suami yang memilih untuk membuat caruman bagi isteri mereka.

Jenis Perlindungan

Jenis perlindungan yang akan dilindungi melalui skim ini adalah seperti berikut:

i) Perlindungan Bencana Domestik

  • Faedah Perubatan
  • Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani dan Dialisis
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Pencen Penakat

ii) Perlindungan Keilatan

  • Elaun Keuzuran
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani dan Dialisis
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Pencen Penakat

Cara Mendaftar

Untuk mendaftar, suri rumah hanya perlu berkunjung ke Pejabat PERKESO yang berhampiran untuk mendaftar.

Lokasi pejabat PERKESO boleh dirujuk melalui pautan https://www.perkeso.gov.my/hubungi-kami/pejabat-perkeso-new/ppn-ppp.html.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai SKSSR, sila layari laman web https://www.perkeso.gov.my/.