Dermasiswa Sultan Ismail Petra Bantuan Untuk Pelajar Terjejas Ekonomi

Program Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) (dahulu dikenali sebagai Bantuan Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara) adalah program yang merupakan satu bentuk bantuan kewangan (Dermasiswa) yang diberikan berdasarkan kepada permohonan pelajar setiap tahun untuk membantu anak-anak Kelantan di dalam pengajian, di beberapa Institusi Pengajian Tinggi Luar dan Dalam Negara dalam pelbagai bidang yang bermanfaat terutamanya bidang Pengajian Islam.

Permohonan dan Kelulusan Program Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) adalah sekali setahun Sahaja.

Berikut merupakan perongsian lanjut mengenai Program Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP)

Dermasiswa Sultan Ismail Petra Bantuan Untuk Pelajar Terjejas

SYARAT UMUM PROGRAM DERMASISWA SULTAN ISMAIL PETRA (DSIP)

Antara syarat-syarat untuk Program Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) adalah seperti berikut:

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia (peranakan Negeri Kelantan) yang lahir dan JUGA menetap di negeri Kelantan.
  • Terdiri daripada golongan Asnaf yang layak untuk menerima zakat.
  • Melepasi Had Kifayah yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
  • Tidak mendapat tajaan ataupun bantuan kewangan daripada badan penaja lain.
  • Jumlah pendapatan ibu bapa adalah RM10,000 ke bawah sahaja (sebulan).

SYARAT KHUSUS PROGRAM DERMASISWA SULTAN ISMAIL PETRA (DSIP)

Syarat-syarat khusus untuk pemohon Tahun Pertama pengajian adalah seperti berikut:

  • Layak memohon berdasarkan Surat Tawaran (Pelajar Luar Negara Sahaja).
  • Layak memohon bagi pelajar semester kedua dan ke atas dengan mendapat minima PNGK 3.0 ke atas (Pelajar Dalam Negara Sahaja)

Syarat khusus untuk pemohon Tahun Kedua Dan Ke Atas adalah seperti berikut:

  • Mesir-Makbul (Lulus) dan juga layak menyambung pengajian ke tahun yang berikutnya.
  • Lain-lain negara termasuk Malaysia – minima PNGK 3.0 dan layak untuk menyambung pengajian ke tahun berikutnya.
Dermasiswa Sultan Ismail Petra Bantuan Untuk Pelajar Terjejas

JUMLAH BANTUAN PROGRAM DERMASISWA SULTAN ISMAIL PETRA (DSIP)

Berikut merupakan jumlah bantuan Program Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP):

LUAR NEGARA:

  • Ijazah Sarjana Muda: RM5000
  • Sarjana: RM5000
  • Kedoktoran/PHD: RM5000

DALAM NEGARA:

  • Diploma: RM2500
  • Ijazah Sarjana Muda: RM2500
  • Sarjana: RM2500
  • Kedoktoran/PHD: RM2500

PERMOHONAN DERMASISWA SULTAN ISMAIL PETRA (DSIP)

Untuk permohonan Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP), sila klik pada pautan:

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top