E-Tunai Belia Rahmah 2023 : Bantuan e-Wallet RM200 Syarat Kelayakan Untuk B40 & M40

E-Tunai Belia Rahmah 2023 dengan kredit e-Wallet percuma bakal dikreditkan tahun ini. Inisiatif e-tunai ini buat rakyat B40 dan M40 akan diteruskan seperti sedia tahun lalu. Maklumat ini telah pun diumumkan ketika pembentangan Bajet 2023 baru-baru ini.

E-Tunai Belia Rahmah 2023 juga menawarkan tambahan pada kadar bantuan iaitu sebanyak RM200 berbanding dengan sebelum ini yang hanya berkadar RM150 sahaja.

E-Tunai Belia Rahmah 2023

Atas dasar keprihatinan kerajaan sedia ada terhadap belia di seluruh negara, program e-Tunai Belia Rahmah bagi tahun 2023 diteruskan lagi.

Bagi membudayakan pembayaran tanpa tunai atau cashless, inisiatif ini akan memanfaatkan seramai 2 juta belia dan 8 juta kumpulan M40.

E-tunai belia rahmah 2023
Contoh poster e-Pemula tahun 2022

KADAR BANTUAN BAHARU E-TUNAI BELIA RAHMAH 2023

Bagi membudayakan pembayaran tanpa tunai atau cashless, inisiatif e-Pemula akan dilaksanakan iaitu tawaran kredit e-dompet kepada 2 golongan dimana, setiap golongan akan menerima bantuan pada kadar berikut :

  • e-Pemula Bujang : RM200
  • e-Pemula M40 : RM100

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN E-TUNAI BELIA RAHMAH 2023

Berikut adalah syarat kelayakan bagi 2 golongan yang akan terima inisiatif e-Pemula 2023 :

e-Tunai Belia Rahmah

  • Belia berumur 18 hingga 20 tahun; dan
  • Pelajar sepenuh masa 21 tahun ke atas

e-Tunai M40

  • Kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah RM100,000

Cara Menebus Bantuan e-Wallet RM200

Dijangkakan penebusan e-Tunai Belia Rahmah boleh dibuat melalui aplikasi perkhidmatan e-tunai seperti:

  • BigPay
  • GrabPay
  • ShopeePay
  • Touch ‘n Go eWallet

Setiap penebus hanya boleh membuat penebusan di sebuah aplikasi perkhidmatan e-tunai sahaja.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Bajet 2023 boleh rujuk Laman Khas Bajet 2023.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

17 thoughts on “E-Tunai Belia Rahmah 2023 : Bantuan e-Wallet RM200 Syarat Kelayakan Untuk B40 & M40”

Comments are closed.

Scroll to Top