eKasih 2024 : Pendaftaran & Semakan Kelayakan

eKasih 2024 merupakan satu portal yang telah diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan negara.

Ia bagi membantu Kementerian atau Agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan. Melalui sistem ini agihan bantuan kepada rakyat miskin lebih mudah untuk dilaksanakan.

eKasih 2024

eKasih merupakan sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

Sistem ini juga dijadikan rujukan oleh Kementerian/Agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan.

Data Dalam Portal eKasih 2024

Sistem ini merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan seperti:

• Profil individu
• Bantuan yang diterima
• Agensi pemberi bantuan
• Permohonan bantuan
• Pemantauan keberkesanan bantuan yang diterima.

Komponen data eKasih pula terdiri daripada maklumat Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) yang berikut:

• Maklumat asas
• Maklumat Lokasi
• Maklumat Kediaman
• Maklumat Pendidikan
• Kemahiran dan Pekerjaan
• Maklumat Pemilikan Harta
• Maklumat Kesihatan
• MaklumatPendapatan serta Bantuan.

Kaedah Pendaftaran eKasih 2024

Bagi anda yang ingin melakukan pendaftaran di bawah sistem e-Kasih ini anda boleh melakukannya dengan menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui:

• telefon (rujuk gambar di bawah)
• surat
• e-mel rasmi
• membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)

Semakan Status Permohonan eKasih 2024

Bagi anda yang telah berdaftar anda boleh melakukan semakan status permohonan secara online melalui portal eKasih dengan cara berikut:

• Layari portal e-Kasih
• Masukkan nombor kad pengenalan anda
• Tekan “Klik untuk carian”

Jenis Bantuan Dibawah eKasih 2024

Melalui sistem e-Kasih ini, kerajaan akan mengagihkan bantuan kepada individu berkelayakan dengan mudah dan teratur. Berikut merupakan jenis bantuan yang diberikan berdasarkan data daripada eKasih:

1. Sumbangan SARA 2024

• Jika nama anda tersenarai dalam senarai portal ini anda layak mendapat bantuan sara hidup bsh 2024 sehingga RM1,200 setahun.

2. Bantuan iSuri KWSP

• Bagi individu yang berkelayakan di bawah sistem ini dan anda tersenarai dalam pengkalan data semakan kwsp suri rumah, secara automatiknya anda selaku isteri akan menerima pembayaran caruman KWSP suri rumah di bawah nama Program Sukarela Insentif (SURI).

3. Bantuan Ibu Tunggal & Warga Emas

• Banyak bantuan diberikan kepada kelompok ibu tunggal dan orang tua yang berkelayakan berdasarkan senarai nama di bawah sistem semakan e-kasih ini

4. Bantuan OKU & Bantuan Anak Yatim

• Setiap kali kerajaan mengumuman bantuan kepada golongan oku dan bantuan anak yatim, kebiasaanya mereka akan merujuk kepada senarai nama dalam pengkalan data e-Kasih untuk diberikan keutamaan dalam pembayaran bantuan terlebih dahulu.

5. Bantuan Persekolahan

• Menjelang pembukaan sekolah, pelajar yang mana nama ibu bapanya lulus semakan e-Kasih 2024 mereka akan menerima bantuan persekolahan

6. Bantuan STR

• Jika anda berdaftar denga e-Kasih 2024 permohonan STR anda akan lebih mudah lulus. Hanya perlu pastikan anda telah berdaftar untuk bantuan STR sahaja.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

• Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
• Email : [email protected]
• Website : https://www.mykasih.com.my/contact-us/

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top