Elaun Sara Hidup Nelayan Darat RM300 (EHSN) Sebulan Permohonan Dibuka

Elaun Sara Hidup Nelayan Darat RM300 sebulan atau singkatan dikenali sebagai ESHN permohonan dibuka sekarang.

Bantuan tunai RM300 sebulan bagi nelayan bertujuan untuk meringankan kos dan beban sara hidup

Elaun Sara Hidup Nelayan Darat Kelayakan Pemohon

Syarat Kelayakan

  1. Memiliki MyKad (Biru).
  2. Mendapat Pengesahan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)/Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) /Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP)/Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) ataupun ketua badan-badan komuniti nelayan kawasan yang ditubuhkan di bawah penyeliaan Jabatan Perikanan Malaysia bagi Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian bagi Sarawak dan Jabatan Perikanan Sabah bagi Sabah.
  3. Ketua Isi Rumah atau salah seorang daripada ahli keluarga yang menjalankan aktiviti penangkapan ikan.
  4. Bayaran elaun sara hidup bulanan ini hanya disalurkan kepada nelayan darat tulen sahaja.
  5. Definisi nelayan darat tulen adalah seperti berikut:
    • warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 tahun yang terlibat dalam aktiviti penangkapan ikan di perairan sungai (termasuk tasik, bekas lombong, empangan dan lain-lain perairan umum); dan
    • menjalankan aktiviti penangkapan ikan tidak kurang daripada 25 hari setiap bulan; dan
    • sekurang-kurangnya 75 peratus jumlah pendapatan adalah daripada penangkapan ikan; dan
    • tiada pekerjaan yang memberikan pendapatan tetap; dan
    • bebas dari aktiviti penagihan dadah dan menjalani saringan air kencing dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK); dan
    • tidak mempunyai caruman dan akaun KWSP yang aktif; dan
    • mempunyai lesen perkakas atau vesel menangkap ikan atau berdaftar secara pentadbiran dengan Jabatan Perikanan Malaysia bagi Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian bagi Sarawak dan Jabatan Perikanan Sabah bagi Sabah

Cara Permohonan

  • Permohonan boleh dikemukakan kepada Pejabat Perikanan Daerah yang berhampiran
  • Nelayan darat tulen perlu mengisi Borang Permohonan Elaun Nelayan Darat atau Borang Pembaharuan Elaun Nelayan Darat dengan menyertakan dokumen seperti berikut:
    • Salinan MyKad
    • Salinan lesen perkakas atau vesel menangkap ikan yang masih sah berkuatkuasa bagi nelayan yang telah memiliki lesen
    • Salinan Borang Pendaftaran dan Pengesahan Nelayan Darat
    • Salinan buku akaun Agrobank atau bank yang bersesuaian sekiranya tiada perkhidmatan Agrobank di lokasi tersebut
    • Gambar pemohon
    • Lain-lain dokumen sokongan (jika perlu)

Bagi mereka yang berkelayakan boleh lihat garis panduan di sini :

PENDAFTARAN PERMOHONAN PROGRAM BAYARAN ELAUN SARA HIDUP NELAYAN DARAT

Nelayan darat tulen perlu mengisi Borang Permohonan Program Bayaran Elaun Sara  Hidup Nelayan Darat dengan menyertakan dokumen seperti berikut:

  • Salinan MyKad; dan
  • Salinan lesen perkakas atau vesel menangkap ikan yang masih sah berkuatkuasa bagi nelayan yang telah memiliki lesen; dan
  • Salinan Borang Pendaftaran dan Pengesahan Nelayan Darat; dan
  • Salinan buku akaun Agrobank atau bank yang bersesuaian sekiranya tiada perkhidmatan Agrobank di lokasi tersebut; dan
  • Gambar pemohon.
  • Lain-lain dokumen sokongan (jika perlu).

TEMPAT PENDAFTARAN

Permohonan boleh dikemukakan kepada Pejabat Perikanan Daerah yang  berhampiran.

BORANG PERMOHONAN

Borang Permohonan Elaun Nelayan Darat

Borang Pembaharuan Elaun Nelayan Darat

Elaun Sara Hidup Nelayan Darat RM300 sebulan
Nelayan

Kadar Pembayaran

Kadar bayaran elaun sara hidup bulanan adalah sebanyak RM250.00 atau RM300.00 bagi setiap nelayan darat tulen yang layak.

KAEDAH PEMBAYARAN

  1. Pembayaran elaun sara hidup bulanan kepada nelayan darat tulen yang layak adalah melalui akaun Agrobank atau bank yang bersesuaian sekiranya tiada perkhidmatan Agrobank di lokasi tersebut.
  2. Pembayaran akan dibuat oleh Pejabat Perikanan Negeri ke akaun penerima melalui pihak Agrobank.

Maklumat Lanjut

Pertanyaan boleh dikemukakan kepada Pejabat Perikanan Daerah yang  berhampiran. Manakala bagi Negeri Sarawak dan Sabah boleh ke Jabatan Pertanian Sarawak dan Jabatan Perikanan Sabah.

Sumber informasi ini daripada laman rasmi budget.mof.gov.my.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari infomarsi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top