Fasa Endemik Ketika Di Masjid

Amat bersyukur kerana semasa fasa endemik nanti kita akan dapat beribadah, menunaikan solat tanpa penjarakkan fizikal, serta melakukan aktiviti di dalam masjid dan surau.

Dengan Fasa Endemik atau fasa peralihan yang akan bermula 1 April nanti akan membukan pelbagai sektor ekonomi dan sosial, tidak lupa juga dengan aktiviti ibadah seperti ke masjid dan surau.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah memuat turun posting di laman sosial facebook agensi itu tentang pesanan kesihatan dengan aktiviti ke surau dan masjid.

Dengan ibadah puasa yang bakal menjelang bulan Ramadhan nanti, sedia maklum bahawa virus Covid-19 masih ada di sekeliling kita.

Risiko masih ada tidak kira di mana kawasan dan tempat, dengan mereka yang berumur 60 tahun dan keatas, pendek kata warga emas, serta mereka yang mempunyai komorbid amat berisiko mendapat gejala teruk dan kematian akibat Covid-19.

Oleh sebab itu, kita juga sepatutnya berperanan untuk melindungi mereka, dan pastikan mereka untuk mematuhi SOP yang di sarankan oleh kementerian kesihatan.

Amalkan semua ingatan tentang langkah-langkah kesihatan yang telah di keluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Peralihan endemik, pesanan kesihatan ketika menghadiri aktiviti di masjid dan surau.

  • Pastikan anda membawa sejadah masing-masing sewaktu beribadah di masjid dan surau.
  • Pastikan diri anda tidak bergejala berkaitan dengan Covid-19.
  • Mendaftar kehadiran diri dengan menggunakan aplikasi MySejahtera sebelum memasuki ke dalam masjid dan surau.
  • Wajib untuk memakai pelitup muka dengan betul sepanjang masa ketika berada atau membuat aktiviti di dalam kawasan masjid atau surau.
  • Elakkan bersalaman, berpelukan atau bersentuhan, memadai tunduk sebagai tanda hormat.
  • Pastikan pengudaraan yang baik di dalam masjid dan surau.
Sumber imej Facebook KKM

MAKSUD ENDEMIK, EPIDEMIK DAN PANDEMIK

Istilah endemik, epidemik dan pandemik adalah antara istilah penting dalam bidang kesihatan awam bagi menggambarkan keseriusan kadar penyebaran sesuatu penyakit, terutamanya penyakit berjangkit.

Maksud istilah-istilah tersebut serta contoh-contoh penyakitnya di Malaysia dan di peringkat global untuk persediaan kita menuju fasa peralihan ke endemik bagi COVID-19.

Endemik adalah kejadian penyakit atau agen pembawa penyakit yang sentiasa wujud di kawasan setempat atau sesuatu tempat.

Penyakit ini akan dijangka sentiasa wujud dan sentiasa ada pada kadar yang stabil dan rendah, contohya adalah penyakit denggi.

Epidemik adalah istilah kejadian di mana penyakit dengan bilangan kes di suatu tempat atau lokasi melebihi bilangan kes pada waktu biasa atau melebihi luar biasa.

Contoh bagi penyakit epidemik adalah wabak demam kepialu dan wabak polio.

Pandemik ialah istilah bagi kejadian penyakit dengan bilangan kes melebihi kadar biasa yang berlaku di kebanyakan negara dan wilayah di seluruh dunia dan melibatkan bilangan populasi yang besar.

Contoh bagi pandemik adalah pandemik ifluanza spanish flu dan pandemik Covid-19 yang kita alami sekarang.

Sewaktu sidang media yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Sri Ismail Sabri pada awal bulan Mac lalu, beliau mengatakan 1 SOP dan 9 Garis Panduan di fasa endemik bulan April nanti.

Antara ringkasan kenyataan media tersebut adalah:

1 PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP)

  • Secara asasnya, 1 SOP di Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ ini telah dipermudahkan
    daripada 181 SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN). Biarpun hanya 1 SOP,
    namun ia masih AKAN DIKUATKUASAKAN di bawah Akta 342 bermula 1
    April ini.
  • 1 SOP tersebut mengandungi 10 keperluan iaitu:
    1. Memakai pelitup muka ketika di tempat awam.
    2. Waktu operasi mengikut lesen/permit.
    3. Menjaga kebersihan tangan.
    4. Melakukan ujian pengesanan COVID-19 berdasarkan National Testing
      Strategy.
    5. Menguruskan kes yang disyaki atau disahkan mengikut garis panduan
      Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
    6. Menggunakan MySejahtera dan MySJTrace untuk pendaftaran kemasukan.
    7. Memastikan penjarakan fizikal 1 meter.
    8. Memastikan pengudaraan dan sistem ventilasi yang baik.
    9. Memastikan kebersihan premis.
    10. Mematuhi keperluan vaksinasi untuk aktiviti tertentu.
  • Kesemua 10 keperluan ini sudah biasa diamalkan oleh orang ramai dalam Fas Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Selain 1 SOP, 9 Garis Panduan juga telah dibangunkan bagi membantu rakyat membuat pilihan lebih selamat ketika menjalankan aktiviti harian demi menjaga keselamatan diri, keluarga dan orang sekeliling.

9 Garis Panduan yang disebut ini merangkumi:

  1. Pengangkutan dan Perjalanan
  2. Pendidikan dan Penjagaan
  3. Aktiviti Peruncitan, Makanan dan Minuman
  4. Ruang Kerja Tertutup
  5. Kawasan Kerja Terbuka
  6. Acara, Majlis, Hiburan dan Tarikan Pelancong
  7. Hotel dan Penginapan Tetamu
  8. Keagamaan, Perkahwinan dan Pengebumian
  9. Aktiviti dan Fasiliti Sukan, Rekreasi & Riadah.

9 Garis Panduan ini TIDAK AKAN
DIKUAT KUASAKAN. Sebaliknya, ia menjadi panduan yang AMAT DIGALAKKAN untuk dipatuhi supaya rakyat dapat kekal berwaspada dengan risiko jangkitan COVID-19 apabila melakukan aktiviti-aktiviti tertentu.

Satu laman sesawang dengan kerjasama rapat Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang dibangunkan dan telah pun dalam peringkat akhir bagi memudahkan masyarakat memahami dengan lebih lanjut 1 SOP, 9
Garis Panduan serta Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ secara keseluruhannya.

Ia dijangka dapat diakses dua minggu sebelum 1 April sekaligus boleh membantu masyarakat
membuat persiapan sebelum fasa tersebut bermula.

Untuk mengetahui ‘TRIIS’ boleh layari di link ini , bagaimana untuk mengetahui cara-cara dan kaedah kebiasaan baharu untuk memeriksa dan melaporkan kesihatan kendiri sewaktu fasa endemik nanti.

Untuk makluman warga pembaca, info-info yang di kongsi ini adalah berdasarkan sumber dari laman sesawang covid-19.moh.gov.my, pihak kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi, pihak kami hanya berkongsi maklumat yang bermanfaat.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top