Gaji Naik RM300, Bonus Setengah Bulan Untuk Pekerja – Cuepacs

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan menaikkan gaji penjawat awam sebanyak RM300 dalam pembentangan Belanjawan 2024 bulan depan.

Kesatuan itu turut berharap kerajaan memberikan bonus minimum satu bulan setengah kepada penjawat awam, yang kali terakhir diterima pada 2012 dan selepas itu hanya diberikan bantuan khas kewangan.

Gaji Naik RM300 Mohon Cuepacs

Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata kenaikan gaji itu perlu diberikan bagi membantu penjawat awam menghadapi peningkatan kos sara hidup semasa, sementara menunggu Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dilaksanakan pada 2025.

“Kenaikan gaji sebanyak RM300 ini juga boleh meningkatkan gaji bersih (take-home pay) serta memberi kelegaan kepada penjawat awam sementara menunggu tempoh sistem saraan baharu dilaksanakan pada 2025,” katanya dalam kenyataan tempoh ini.

Gaji Naik RM300
Sumber imej Bernama

Adnan berkata Cuepacs memahami kekangan kerajaan, tetapi pada masa sama penjawat awam juga perlu ihsan daripada kerajaan bagi meningkatkan motivasi dalam pekerjaan.

Pada pembentangan belanjawan itu, Cuepacs turut memohon diskaun sekurang-kurangnya 30 peratus bagi pembayaran cukai pendapatan kepada semua penjawat awam dan meningkatkan jumlah pengiraan pencen kepada jumlah tahun perkhidmatan sehingga 35 tahun bagi memaksimumkan pencen yang bakal diterima penjawat awam.

“Ketika ini, pengiraan pencen penjawat awam adalah terhad kepada terhad kepada 360 bulan atau 30 tahun tempoh perkhidmatan.

“Bagi tempoh perkhidmatan lebih 30 tahun dan ke atas, pengiraan pencen bulanan diambil terus 60 peratus dari gaji pokok akhir atau 3/5 daripada gaji pokok akhir.

Situasi ini akan mengakibatkan mereka yang berkhidmat lebih daripada 30 tahun tidak dapat menikmati jumlah maksimum pencen berdasarkan perkhidmatan
mereka,” katanya.

Sumber : Bernama

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top