Harga Telur Ayam Dan Subsidi Telur Terkini

Harga telur ayam dan subsidi telur terkini, SUBSIDI DAN KAWALAN HARGA TELUR GRED A, B, DAN C AKAN DITERUSKAN.

Pada 30 Oktober 2023, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah mengumumkan penamatan kawalan harga dan subsidi ayam bermula 1 November 2023.

Namun begitu, penamatan subsidi ini tidak termasuk subsidi serta kawalan harga bagi telur ayam gred A,B dan C yang akan diteruskan menggunakan mekanisma sedia ada.

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lagi tentang hal ini, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel.

Harga Telur Terkini

Harga maksimum bagi telur dan ayam di Semenanjung Malaysia masih lagi menggunakan harga yang telah ditetapkan pada 12 Oktober 2022 seperti berikut:

  • Gred A : 45 sen/biji
  • Gred B : 43 sen/biji
  • Gred C : 41 sen/biji

Bagi Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan, Harga Maksimum Telur adalah berbeza mengikut zon dan daerah. Sila rujuk jadual KPDNHEP di bawah untuk rujukan anda:

Harga telur ayam dan subsidi telur terkini

Kawalan harga ini hanya melibat telur gred A, B dan C sahaja. Bagi telur jenis lain seperti telur ayam organik, telur itik, telur masin dan telur burung puyuh, harga mereka tidak dikawal KPDNHEP.

Subsidi Telur

Pada 30 Oktober 2023 yang lepas, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, telah menyatakan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk menamatkan pemberian subsidi ayam kepada pembekal bermula 1 November 2023 ini.

Namun pemberian subsidi ini hanya terbatal untuk pembekal ayam sahaja. Manakala bagi kawalan harga dan subsidi telur gred A, B dan C masih diteruskan dengan mekanisme yang sama.

Kadar subsidi yang bakal diterima pembekal adalah sama seperti tahun sebelum ini, iaitu sebanyak 10 sen bagi sebiji telur.

Cara Buat Aduan Harga Barang

Jika anda mendapati harga barangan yang dibeli dikenakan harga yang melampau atau tidak berpatutan, pastikan anda melakukan aduan kepada KPDN dengan segara bagi membendung perkara tersebut.

Anda boleh melakukan aduan dengan cara berikut:

  1. Tangkap gambar harga barang atau resit pembelian.
  2. Hantarkan kepada KPDN melalui nombor 019-279 4317 atau 019-848 8000.

Atau anda juga boleh melayari portal aduan e-aduan.kpdnhep.gov.my, hubungi pusat kawalan 1-800-886-800, hantar e-mel di [email protected] atau Ez ADU KPDNHEP.

Maklumat Lanjut

Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat tambahan berkenaan kawalan harga dan subsidi telur ini anda boleh dapatkannya di Facebook KPKM atau di laman rasmi KPDN.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top