I-Sayang KWSP Syarat Dan Cara Permohonan

i-Sayang KWSP merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi memberi pilihan kepada suami (pemberi) untuk memindahkan 2% caruman syer pekerja yang diterima daripada majikan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima).

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah melancarkan kemudahan i-Sayang ini sebagai salah satu daripada usaha untuk membantu meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan khususnya ahli KWSP dan pencarum.

i-Sayang KWSP

i-Sayang merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi memberi pilihan kepada suami (pemberi) untuk memindahkan 2% caruman syer pekerja yang diterima daripada majikan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima).

KELEBIHAN & CIRI-CIRI SKIM I-SAYANG:

  • Pindahan 2% caruman syer pekerja suami ke akaun KWSP isteri.
  • Permohonan adalah secara sukarela daripada suami dan pindahan akan dilakukan secara automatik setiap bulan apabila adanya caruman dari majikan yang dikreditkan ke dalam akaun KWSP suami.
  • Pindahan caruman ini tidak boleh dibatalkan kecuali berlakunya penceraian atau kematian isteri (penerima).
  • KWSP membahagikan caruman i-Sayang sebanyak 2% ke dalam akaun isteri (penerima) dengan mengkreditkan 70% ke dalam Akaun 1 dan 30% ke dalam Akaun 2.

Syarat Kelayakan i-Sayang

SUAMI – PEMBERI

  1. Warganegara Malaysia atau bukan warganegara
  2. Ahli KWSP
  3. Belum mencapai umur 75 tahun
  4. Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia

ISTERI – PENERIMA

  1. Warganegara Malaysia
  2. Ahli KWSP
  3. Belum mencapai umur 75 tahun
  4. Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia

Cara Permohonan

Permohonan pendaftaran i-Sayang dibuat secara sukarela oleh suami (pemberi) melalui dua (2) saluran berikut:

  1. i-Akaun (Ahli); ATAU
  2. Pejabat KWSP yang berhampiran berserta dengan Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang â€“ KWSP 16G (SY) yang telah lengkap diisi.

Tiada sebarang dokumen sokongan yang diperlukan semasa proses pendaftaran i-Sayang.

Pembatan i-Sayang KWSP

Pembatalan tidak boleh dilakukan terhadap pendaftaran i-Sayang yang telah diluluskan tanpa apa-apa sebab. Suami (pemberi) hanya boleh membuat pembatalan jika berlaku penceraian atau kematian isteri (penerima).

Sekiranya berlaku penceraian atau kematian isteri (penerima), suami (pemberi) perlu hadir segera ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan pembatalan. Kelewatan dalam memaklumkan perkara ini kepada KWSP akan mengakibatkan pemindahan caruman terus dibuat ke dalam akaun isteri (penerima).

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut berkaitan i-Sayang boleh diperoleh melalui saluran-saluran berikut:

  • Laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my; ATAU
  • Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000; ATAU
  • Cawangan KWSP yang berhampiran.

Soalan-soalan Lain

Bilakah pemindahan caruman i-Sayang akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima)?

Pemindahan caruman i-Sayang akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima) selepas tempoh dua (2) bulan daripada tarikh penerimaan caruman syer pekerja suami (pemberi).

Bagaimanakah KWSP membahagikan caruman i-Sayang sebanyak 2% ke dalam Akaun 1 dan Akaun 2 isteri (penerima)?

KWSP membahagikan caruman i-Sayang sebanyak 2% ke dalam akaun isteri (penerima) dengan mengkreditkan 70% ke dalam Akaun 1 dan 30% ke dalam Akaun 2.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top