Inisiatif Pendapatan Rakyat

Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) adalah sebuah pemerkasaan bantuan & kemudahan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Kementerian Ekonomi bagi golongan B40 & miskin tegar bertujuan untuk menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40 pada masa yang sama berusaha menyelesaikan masalah ekonomi harian.

IPR menumpukan usaha membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, perniagaan makanan dan operator perkhidmatan.

Permohonan IPR terdiri daripada kategori Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN).

Permohonan IPR terdiri daripada kategori iaitu :

Inisiatif Usahawan Tani (INTAN)
Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN)
Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN)

INTAN

  • Syarikat pertanian 
  • Rantaian peruncitan makanan 
  • Pengeksport 
  • Agensi-agensi kerajaan berkaitan 
  • Koperasi

INSAN

  • Pengusaha mesin menjual (vending machine) 
  • Syarikat-syarikat yang ingin menyediakan kemudahan makanan kepada pekerja-pekerja mereka 
  • Pemilik atau pengusaha premis-premis agensi kerajaan pada peringkat Persekutuan dan Negeri 
  • Institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pelajar, staf dan pelawat 
  • Stesen-stesen LRT 
  • Hospital dan kemudahan kesihatan yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pesakit, pelawat dan staf 

IKHSAN

  • Syarikat-syarikat swasta yang memerlukan pekerja-pekerja sambilan untuk tujuan pembersihan premis 
  • Premis-premis agensi kerajaan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) Tambah Pendapatan Rakyat Basmi Kemiskinan Tegar

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia 
  • Pemohon adalah daripada golongan berpendapatan B40 dan miskin tegar 

Cara Memohon

Pemohon boleh mengemukakan permohonan secara atas talian dan perlu berdaftar sebagai pengguna IPR terlebih dahulu di Inisiatif Pendapatan Rakyat

Pertanyaan Lanjut

  • Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berhubung IPR, sila hubungi 03-8090 2888 atau rujuk kaunter khidmat pelanggan seperti di bawah: 

Kementerian Ekonomi Aras G, Menara Prisma No. 26, Persiaran Perdana, Presint 3 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62675 Putrajaya

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top