Insentif Awal Penjawat Awam Dibayar 23 Februari

Berita baik buat Penjawat Awam, Kerajaan bersetuju memberikan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada penjawat awam dan pesara sementara menunggu Kajian SSPA yang dijangka dimuktamadkan pada penghujung tahun ini.

Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ini akan meneliti keperluan semua skim perkhidmatan dan dijangka akan dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan. Kali terakhir, semakan dilakukan adalah pada tahun 2012.

Oleh yang demikian, sementara menunggu semakan semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam siap, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersetuju memberi bayaran insentif awal sebanyak RM 2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah.

Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2024 memaklumkan;

Sementara menunggu Kajian ini lengkap, sukacita diumumkan, Kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak 2,000 ringgit kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak dan 1,000 ringgit kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam melibatkan semua termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform. – Datuk Seri Anwar Ibrahim-

Insentif Awal Penjawat Awam

Insentif Awal Penjawat Awam – Bagi tahun 2024 ini, di bawah Belanjawan Madani 2024, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk memperkenalkan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam.

Sumbangan kewangan ini akan melibatkan pengkreditan sumbangan kewangan sebanyak RM1,000 dan RM2,000 kepada para penerima di bawah:

  • RM1,000: Kepada para pesara Kerajaan, termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.
  • RM2,000: Kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Dalam masa sama, sumbangan tunai RM1,000 juga akan diberikan kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam, termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata serta seluruh anggota beruniform.

Sumbangan kewangan ini diperkenalkan bersempena dengan usaha semakan semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam yang kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2012.

Tarikh Pembayaran

Pembayaran sumbangan kewangan ini akan dibuat pada akhir Februari 2024. Tarikh itu dipilih bagi meringankan perbelanjaan persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal nanti.

Kaedah pembayaran pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima yang layak.

Kaedah Pelaksanaan

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dari semasa ke semasa akan mengeluarkan surat edaran bagi memaklumkan kaedah pelaksanaan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi tahun 2024 yang meliputi mereka yang layak dibayar dan yang tidak layak dibayar.

Info dan Maklumat Lanjut

Untuk info terkini Bantuan Khas Penjawat Awam & Pesara, sila layari;

  1. Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam
  2. Facebook Kementerian Kewangan
  3. https://budget.mof.gov.my/manfaat/ 

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top