Insentif Siswa Sehingga RM2,000

Siswa yang layak akan menerima bayaran insentif sebanyak RM300 sehingga RM2000 secara ‘one-off’ melalui dermasiswa. Bayaran insentif ini diberikan kepada penuntut pengajian tinggi dalam dan luar negara.

Ikuti maklumat yang dikongsikan di bawah.

Insentif Siswa Yayasan Perak (INSISYP)

Insentif Siswa Yayasan Perak (INSISYP) Dalam dan Luar Negara sebelum ini dikenali sebagai Dermasiswa Yayasan Perak. Ia diberikan secara â€˜one-off’ kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti / IPT di dalam dan luar negara.

Antara objektif utama insentif ini adalah:

  • Meringankan beban bakal mahasiswa dan keluarga bagi membuat persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan luar Negara seperti urusan visa, tiket kapal terbang dan penginapan;
  • Mengiktiraf kecemerlangan anak Negeri Perak yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara;
  • Menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak kepada kebajikan anak Negeri Perak yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara;
  • Melahirkan ikon kepimpinan dalam pelbagai bidang yang akan menjadi sumber rujukan kepada Kerajaan Negeri dan Yayasan Perak.

Kadarnya insentif ini bagi dalam negara adalah seperti berikut:

Insentif siswa

Manakala, jumlah insentif bagi mereka yang melanjutkan pelajaran ke luar negara pula adalah:

Insentif siswa

Cara Memohon

Untuk maklumat lengkap berkenaan syarat-syarat kelayakan, sila rujuk di Portal Rasmi Yayasan Perak.

Bagi permohonan, ia boleh dibuat dengan beberapa cara iaitu melalui atas talian (online) atau mengisi borang permohonan yang boleh didapati percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing.

Maklumat lebih teliti berkenaan insentif ini boleh dilihat di Portal Rasmi Yayasan Perak – DI SINI.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top