Kategori Ini Akan Terima Bayaran RM1200 STR Fasa 4

Kategori Ini Akan Terima Bayaran Keempat Sebanyak RM1200, bantuan dari kerajaan ini hanya terhad kepada beberapa kategori.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi fasa 1, 2 dan 3 telah diagihkan pada Januari, April dan terbaru iaitu bulan Jun baru-baru ini.

Dari pelaksanaan 3 fasa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tersebut, seramai 8.7 juta penerima telah menerima bayaran bermula dari RM100 sehingga RM800.

Seperti yang telah dimaklumkan, bantuan ini akan melalui 4 fasa bayaran. Dan bayaran fasa 4 akan datang akan disalurkan bermula November nanti dimana terdapat 1 kategori akan terima bayaran sebanyak RM1200. Ikuti perkongsian dibawah.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Sumbangan Tunai Rahmah adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Pelaksanaan bantuan SARA ini akan disalurkan setiap bulan selama 6 bulan bermula Julai sehingga Disember 2023 dan nilai sumbangan keseluruhan adalah sebanyak RM600.

TARIKH BAYARAN STR FASA 4

Seperti yang telah dijadualkan, bayaran bagi Fasa 4 akan disalurkan pada :

  • NOVEMBER 2023

Walaubagaimanapun, tiada tarikh rasmi lagi telah dimaklumkan.

KATEGORI TERIMA BAYARAN RM1200

Berikut adalah kategori yang akan terima bayaran sebanyak RM1200 :

1. Pendapatan Isi Rumah Bawah  RM2,500

  • Tiada Anak : RM200
  • 1 – 2 Anak : RM600
  • 3 – 4 Anak : RM900
  • Mempunyai 5 Orang Anak : RM1200
Kategori Ini Akan Terima Bayaran RM1200 STR Fasa 4
Jadual Pembayaran

SYARAT KELAYAKAN STR FASA 4

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :

  • i: Isi Rumah
    • a) Kahwin; atau
    • b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • ii. Warga Emas Tiada Pasangan
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • iii. Bujang
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah seperti berikut :Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/1-800-88-2747 (9 AM-5PM) 03-8882 4565 / 03-8882 4566

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari infomarsi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top