Kredit e-Tunai RM100 Untuk Rakyat Malaysia

Ketika di Majlis Peluncuran “Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat”, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pemberian Kredit e-Tunai RM100 kepada rakyat Malaysia berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Kredit e-Tunai RM100

Kredit e-Tunai ini disalurkan kepada semua rakyat Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas dari kalangan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

Bantuan ini dilancarkan setelah pihak kerajaan melihat kejayaan dan impak besar kepada masyarakat sekaligus mendorong rakyat Malaysia berbelanja tanpa tunai.

Bantuan ini akan membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion dan akan memanfaatkan lebih 10 juta penerima.

Tarikh Pembayaran

Menurut kenyataan Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong, pembayaran bantuan e-Tunai ini akan dilaksanakan pada akhir tahun ini atau bulan Disember 2023.

“Bantuan e-wallet RM100 ini akan diagihkan pada bulan Disember nanti. Jadi (rakyat) akan dapat (bantuan ini). Rakyat diminta bersabar kerana kerajaan akan tunaikan janji,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, inisiatif berkenaan adalah satu usaha yang sangat baik untuk melatih rakyat berhadapan dengan masyarakat tanpa tunai yang menggunakan segala aplikasi dalam perbelanjaan.

Syarat Kelayakan

Bantuan ini tertumpu kepada rakyat Malaysia yang mempunyai kriteria seperti dibawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun
  • Untuk golongan B40 dan M40

Kadar

Bantuan E-Wallet ini bakal memanfaatkan seramai 10 juta rakyat Malaysia dan akan menerima bayaran sebanyak :

  • RM100

Kerajaan memperuntukkan dana sebanyak 1 bilion bagi memastikan inisiatif ini berjalan lancar.

Cara Tebus

Tiada sebarang permohonan diperlukan bagi menerima bantuan e-wallet ini. Ianya akan dikreditkan secara automatik sekiranya individu tersebut memenuhi kriteria kelayakan yang disebutkan seperti diatas.

Berikut adalah cara untuk menebus bantuan ini :

  • Touch ‘N’ Go
  • Boost
  • Setel

Sekiranya bantuan ini telah mula disalurkan, hanya anda perlu menebus bantuan tersebut melalui Aplikasi diatas.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top