Skip to content

KWSP Akaun 3: Cara keluarkan wang bagi ahli yang muflis

KWSP Akaun 3: Cara keluarkan wang bagi ahli yang muflis.  Akaun Fleksibel (Akaun 3) sudahpun dilancarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) buat beberapa ketika.

Caruman pun sudah bermula dan ada dalam kalangan ahli yang sudahpun memohon perpindahan sebahagian daripada Akaun Sejahtera (Akaun 2) untuk dijadikan baki permulaan Akaun 3.

Soalan seterusnya yang ramai bertanya adalah bagaimana dengan ahli berstatus muflis? Apakah mereka boleh memanfaatkan Akaun 3?

Jawapannya adalah mereka masih boleh keluarkan Akaun 3, cuma ada beberapa langkah tambahan perlu dilakukan.

Menurut pihak KWSP, pengeluaran Akaun 3 masih boleh membuat permohonan melalui i-Akaun (Ahli) dan pembayaran boleh dibuat dalam bentuk Arahan Bayaran (Payment Order).

Kwsp akaun 3

Mohon pengeluaran Akaun 3 secara manual (borang)

Sekiranya ahli menghadapi masalah menggunakan i-Akaun, permohonan secara manual juga diterima. Borang Permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel (KWSP 9FA (AHL)) boleh didapatkan secara dalam talian. Di dalam borang itu juga terdapat panduan dan senarai semak dokumen yang diperlukan.

Kwsp akaun 3

Contohnya, untuk permohonan biasa, dokumen yang perlu dihantar adalah Borang KWSP 9FA (AHL) yang lengkap diisi, salinan MyKad dan/atau Kad Pengenalan Lama dan.atau salinan MyTentera/Kad Kuasa Polis. Pemohon bukan warganegara pula perlu menghantar salinan MyPR atau Pasport.

Untuk pemohon yang tidak memiliki akaun abnk yang sah kerana berstatus muflis, satu dokumen tambahan yang diperlukan adalah notis kemuflisan untuk pengesahan status anda.

Sumber Soyacincau

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.