Lelaki Kerja ‘Offshore’ Baru Tahu 4 Dari 6 Orang Anak Bukan Darah Daging

Baru-baru ini, satu ciapan di X telah meraih perhatian susulan nasib seorang lelaki yang cukup menyedihkan kerana tidak tahu mengenai kecurangan isteri sendiri.

Kerja ‘offshore’, tak tahu isteri curang

Dalam ciapan tersebut, pengguna yang merupakan rakan kepada si suami menceritakan bahawa rakannya yang bekerja offshore berasa terkejut apabila mengetahui empat dari enam orang anak bukanlah zuriatnya.

Biarpun sudah mengetahui isteri curang bersama lelaki lain, pengguna tersebut memberitahu rakannya tetap setia dalam perkahwinan tersebut kerana memikirkan dua daripada enam orang anak merupakan darah daging sendiri.

Empat orang anak lain-lain bapa

Lebih mengejutkan apabila pengguna tersebut mendedahkan keempat-empat anak yang bukan zuriat rakannya mempunyai bapa yang berbeza.

Bahkan, setiap seorang mempunyai wajah yang berlainan dan tona kulit juga lain jika hendak dibandingkan dengan dua orang zuriat rakannya itu.

Bukan instict. Dia terjumpa doktor tu secara kebetulan dan ambil kesempatan untuk periksa DNA keluarga dia. Dia tak jangka pun kebenaran tu.

Dalam pada itu, individu tersebut turut memberi pesanan buat para lelaki yang bekerja di offshore untuk membuat ujian DNA agar hal ini tidak berlaku.

Netizen bersimpati terhadap si suami

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen bersimpati atas nasib si suami yang terpaksa mengetahui kebenaran perit itu.

Dalam pada masa yang sama, ramai juga yang menghentam wanita terbabit kerana tidak bersyukur mempunyai suami yang baik dan bertanggungjawab.

Sumber Artikel Beautifulnara

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top